Wahai Tuhan Yang Menguasai fana ini
Telah ku pilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Dan hatiku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan
Ampuni aku
Fitrah hati ini terlalu berat untukku usir
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Maha Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Ku meminta agar ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara Kau dan aku
Tetapkan langkahku dijalanMu
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Yang belayar di lautan dosa
Penuh dinodai tipu daya iblis
Andai ia segah bahtera Titanic
Tetap ku pinta ia karam
Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walau ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian
Dan akan ku terus tekadkan janji
Kerana telah ku pilih jalanMu