Oct 25, 2011

Mentos Dan Lollypop

Assalamualaikum.

Hai korang. Dah lama aku tak update blog ni kan? Rindu aku tak? Rindu? Awhh terharunyaa! *perasan jek*

Hmm hmm. Blog aku dah bersarang? Fuhh fuuhhh! *tiup sikit* Biasalah dah nak dekat SPM kan, mestilah busy gila nak mati. Kelas sana sinj. Tak cukup kelas pagi, tambah kelas petang pastu kelas malam. Latihan macam air. Homework macam banjir.

Semua kepenatan ni buat aku selalu bangun lewat setiap pagi kat hostel. Aku rasa member-member aku kat dorm tu dah bengang lah agaknya kot sebab aku selalu bangun bila semua orang dah siap pakai baju sekolah. Kadang-kadang tu, dorm dah kosong baru aku bangun. Hahahahaha! Teruk kan aku ni?

Sampai lah satu hari ni, *semalam* Downut ajak kitorang breakfast sama-sama memandangkan dah berapa bulan kitorang tak ziarah DM tu waktu pagi. Aku pun rasa cam teruja la nak ikut. Tapi, macam yang aku cakap tadi kan, aku selalu bangun lambat. So bila aku bersuara nak join tetiba semua buat muka pelik lain macam kat aku. Yang tengah buat kerja terhenti sekejap dengar, yang tengah berjalan pun terus kaku. Ibarat macam satu dorm kena pause la bila aku cakap nak join tu. Hahahahawau tul.

Lepas tu , diorang cakap kalau aku bangon awal esok , diorang bagi adiah . woah ! bangon awal je da dapat adiah . spesel tak aku ? korang tau kenape sampai diorang sanggop nak bagi adiah kat aku kalau aku bangon awal ? sebab sebelom ni pon aku penah janji kat diorang nak bangon awal , tapi aku dengan lenanya terus tidur seperti biase . wakakaka !

Bayangkanlah Fiza cakap dia sanggup nak terjon bangunan kalau aku berjaye bangon awal . tengoklah sampai macam tu sekali syarat membe membe aku ni buat melambangkan betapa liatnye aku nak bangon pagi kat ostel . dasat ! dasat !

Lepas tu , agaknye diorang nampak kesungguhan kot kat muke aku ni *yelah tu* barulah diorang rendahkan sikit syarat adiah yang aku bakal dapat nanti . Fiza cakap nak bagi MENTOS . Downut pulak nak bagi LOLLYPOP . ceh . ape la kedekot benau membe membe aku ni . takpe takpe . aku nak jugak mentos dengan lollypop tu  *desperate punye aku* kekeke . takdelah . bukan ape sangat pon kan . aku cume nak buktikan yang aku mampu bangon awal keesokan harinya . and . jeng jeng jeng !

* * *
Keesokannya...

Woah ! percaye tak ? percaye tak ? percayelah ~ aku orang first bangon awal ni ! da bangon tu , aku teros pergi mandi . lepas mandi , masok dorm kejap amek baju nak pergi iron pulak . dorm tengah takde orang mase ni *semua pergi mandi* .

Lepas iron , mase lalu depan Dorm K , aku nampak Downut kat depan dorm aku yang dah siap pakai baju t-shirt *hari ni Hari Sukan* tengah jerit dengan orang kat bawah . bile Downut ternampak aku tengah berjalan ke arah dia, cepat cepat dia lari masok dalam .

Lepas tu , beberape langkah je lagi aku nak jejak pintu dorm , aku terdengar Downut jerit kat dalam dorm " Weyh weyh ! budak bangon awal dah sampai ! " peh ! aku kat lua yang tengah tanggalkan selipar tu , dah malu malu tersengeh macam kerang busuk sorang sorang tau tak ! tapi aku nak berlagak cool time diorang haruk aku jap lagi .

Tapi last last , baru kaki nak jejak pintu dorm konon masuk ada muzik gempak kat background , tapi Zara rupenye dah berdiri kat sebelah pintu tu terus jerit " Huiyoohhh ! awal siot dia bangon !! " diikiuti sorakan budak budak laen . kuang ajo ! aku yang terkejot berok daripade nak berlagak cool tibe tibe da terbuat muke macam good good je campur kerang ketam beruang segala. HAHAHA!!

Siap siap siap .

Tengok inbox jap . uit , ade mesej la . wah , dia da sehat . i'm happy to hear that (:

Then , 6.45am pegi la breakfast macam yang dirancangkan . mase tengah turon tangge dengan Downut tu , aku rase Fiza macam ikot kat belakang . tapi kitorang da sampai Dewan Makan , tak nampak nampak pon dia . macam tak nak join je . sokayy . makan je dulu . pedas der bihun makcik DM . ok , da kenyang .

Time lalu depan pentas tu . ceh ! Fiza kat atas lagi rupenye . entah ape dia buat . siap tersengeh sengeh lagi tu walaupon dia tau da tak boleh makan sebab dah pukul 7.00am .

Then , okay girls . time to go to school . mase lalu depan pondok guard sebelom keluar pintu gerbang  asrama tu , Fiza pon tunaikan janji dia tu . yeah yeah . dapat lah aku mentos sebijik . hehe . sebijik je kot . aku punye hepi macam dapat cokelat fereroroshi *tak reti eja*

muke bear tu melambangkan feeling aku .
eh , Downut ! jangan lupe lollypop aku tau . aku tuntut nihh .

Dekat sekolah pulak , ade Hari Sukan hari ni . aku tak masok ape ape pon taon ni . kalau taon taon yang lepas , adelah jugak aku buat sumbangan untuk memeriahkan Hari Sukan dalam perbarisan . mase form 1 , aku masuk perbarisan rumah sukan aku - Bendahara . form 2 pulak , perbarisan kadet bomba . form 3 dan form 4 , perbarisan kadet polis . 

Dah empat taon berturut turut aku bertahan kat atas padang yang panas terik tu tau tak ? sangat menderita dan terseksa . then , aku ingat taon ni aku le pulak dapat tengok penyeksaan kat orang lain dari atas persada . sekali , kurang hajar betul . sape punye idea entah yang tak suke tengok idop aku senang ni . dengki betol la .

Tengah happy happy tengok budak budak perbarisan dari atas tebing tu , ade lak pengumuman yang berbunyi " semua pelajar diminta turun ke padang dan berbaris di belakang rumah pasukan masing masing " what the ?!

Aku dengan Downut berniat nak lari dari arahan tu . da sampai wakaf , aku tengok kat situ budak budak cam rilex tak nak pergi padang je . hahaha . sekaliii , amekaw ! kena halau jugak pergi padang . aku dengan Downut pon melangkah la jugak dalam keterpaksaan *Fiza dah ilang sebab dia dah turun padang dulu*

Dekat padang , aku dengan Downut dengar MP3 . jadi , kitorang tak dengar dan tak tau sape yang amek adiah dan menang kat depan tu . dah le kitorang duduk belakang gile . aku ni pulak rabon jaoh . macam semot je aku nampak bile aku pandang depan . sampai la da nak diumumkan rumah sukan mane yang menang , baru le Downut senyapkan MP3 dia tu .

Okay , dah habes . balik hostel time . hari ni balik wajib . yay yay ~ sampai kat dorm , aku tak kemas barang pon . aku teros panjat katel , tido dulu sampai pukul 4 sebab ayah aku jempot pukul 6 lepas dia balek kerja .

Dah balek rumah . belom turon motor lagi , ouh aku nampak Parsi - my lovely cat - tengah tunggu aku atas tembok balkoni . Parsi ~ dengan manjanya aku panggil name dia . parsi pon mengiau ngiau menyambot aku . aku usap usap parsi dulu baru masok rumah . then , kemas siket barang . online kejap *kejap ke ?* dan aktiviti yang biase aku buat di rumah pon berjalan dengan jayanya .

Sekian , wassalam .