Aug 9, 2013

Kerinduan Pada yang Pergi

Pemergianmu membawa seribu satu rasa dalam hatiku.
Sungguh ku tak sangka kau kan pergi lebih awal dari masanya.
Diriku merindu saat-saat persahabatan kita dulu.
Walau cuma seketika tapi bagiku sangat bermakna.
Ya Allah, berkatilah kehidupannya di alam sana.
Lindungilah dia dari azab seksa.
Ampuni segala dosa-dosanya.
Persahabatan ini akan ku hargai dan kenang sampai akhir hayatku.
Kerana dia telah memeluk agamaMu.
Kerana dia mempunyai hati nurani.

Sekalung doa dan Alfatihah dihadiahkan untuk sahabatku yang telah menghadap Ilahi sebelum Ramadhan tiba tempoh hari. Ya Allah, sungguh kehilangan dia memberi kesan yang mendalam padaku. Dia sahabat yang baik dalam alam cyber ini. Memang aku tidak mengenali dirinya secara menyeluruh tapi cara dia.. ah, tak tau nak cakap macam mana. Kehilangan dia buat aku terasa seolah-olah aku kehilangan orang yang paling aku sayang.

Sebelum kali terakhir kami berinteraksi, dia meninggalkan aku dengan satu persoalan yang membuatkan aku tertanya-tanya dalam jangka masa yang agak lama. Ya Allah, hikmah apa disebalik persoalan itu. Tak sangka jawapannya aku temui setelah dia pergi buat selamanya.

Alangkah bertuahnya kamu wahai sahabatku kerana dianugerahkan seorang sahabat baik yang mampu membimbingmu ke jalan Allah. Aku diberitahu, kamu seorang mualaf. Alhamdulillah, kuasa Allah yang membuka pintu hati kamu. Hatiku rasa sedikit terpujuk.

Dari cerita Joe, aku rasa agak kesal juga kerana aku sendiri tak sempat nak minta maaf dari kamu. Wahai sahabatku, aku mendoakan kesejahteraan kamu di alam sana. Semoga Dia menempatkan kamu dalam kalangan orang-orang yang beriman dan sebaik-baik di bawah naungan rahmat-Nya. Amiin.

Aku rindukan kamu wahai sahabatku. Ku kirimkan rindu ini dalam setiap bisikan doa melalui-Nya agar rinduku dapat dipujuk dalam keberkatan. Assalamualaikum dan semoga tenang di sana selamanya, Jeremy.