Saja la kan nak cerita pasal crush masa zaman sekolah rendah dulu. Sekolah rendah? Hamboii kecik-kecik dah gatal, teruknya aku ni. Hahaha! Okay actually takda motif sangat pun tetiba bukak topik pasal crush lama ni. Cuma sebab lately ni aku suka jogging keliling kampung every morning and always lalu depan rumah dia so end up duk teringat yang aku pernah crush kat dia dulu.
As I remember la, start suka kat dia masa darjah 3 sampai la masuk Form 1. Nak dijadikan ala-ala drama sikit, coincidentally aku dengan dia ni satu kelas sampai lah darjah 6. Pastu bila masuk secondary, sama sekolah pulak tu. Lepas tu masa naik Form 4, dia dah pindah sekolah lain. Sampai sekarang aku tak tau apa cerita dia.
So nak cerita cemana aku boleh crush kan dia ni la kan. Dedulu masa kecik, aku ni jenis selalu kena buli sama ada dengan lelaki or dengan perempuan. Sebabnya, senang ja. Aku ni pendiam. Tersangatlah pendiam nak mati. So budak-budak kan masa kecik memang nakal sebab tu ramai suka sakat aku kat mana-mana. Kesian kan aku? Huhu. Okay back pada cerita tadi, macam mana aku boleh crush kat dia. Dalam ramai-ramai lelaki, aku perasan dia ni ja yang tak pernah buli aku. At the same time, kalau nak ikut aku punya berangan, dia ada sikit macam selalu nak protect aku.
Tak berapa clear sangat ingatan aku ni sebab aku kecik lagi masa tu, tapi masa first-first aku mula notice dia ni time darjah 3 tu la. Masa tu cikgu suruh sumorang kemas kelas. Pastu aku gigih tampal apa tah kat dinding. Kecik kan masa tu, so aku pun terkial-kial la buat kerja. Orang lain semua buat dono ja tak hiraukan aku but then tetiba ja dia ni datang tolong aku tampal. Memula tu aku rasa takut sebab dia ni lelaki. Tapi dia buat rilek je tolong aku. So sejak tu aku selalu la rajin perati dia.
Dia ni boleh kira antara budak-budak nakal yang selalu kena aim dengan cikgu-cikgu kat sekolah jugak la. Even dalam nakal-nakal dia tu, dia tak pernah kacau aku macam kawan-kawan dia yang lain. Aku perasan sangat kot yang dia ni macam baik je dengan aku.
Antara moment yang paling aku ingat pasal crush aku ni ialah masa tahun 2006, time tu aku darjah 6. Apa kau rasa kalau kau punya seat dalam kelas bebetul sebelah crush kau. Haaa kan, macam nak pengsan kannn. Tu laa yang aku rasa. If nak tau, masa primary aku takda kawan perempuan. So disebabkan diri aku yang pendiam ni, boleh kata aku macam kena pinggir la jugak. Tapi aku ni jenis loneranger yang boleh bawak diri and tak kisah sangat.
So masa first day sekolah, cari seat last-last aku nampak ada satu seat kosong sebelah tingkap. Kebetulan guru kelas pulak susunkan meja satu-satu, dia tak bagi cantum meja sebab nak bagi kitorang biasa dengan suasana exam. Alaah macam susunan meja kat sekolah Jepun tu. So perempuan dua baris, lelaki dua baris. And yes, aku ni sebagai manusia yang dipinggirkan lalu aku tak perasan yang aku dah tercampak kat baris lelaki. Dah la jauh kena asing dengan baris budak perempuan, lepas tu keliling aku semua lelaki. Tapi aku tak kisah, sumpah tak kisah. Kenapa tau? Haa, sebab sebelah seat aku ialah crush aku. Takpe aku bagi lakaran sikit biar jelas.
Masa darjah 6 ni la banyak moment yang aku sayang. Most of all sebab pasal crush aku la. Kekadang dia pinjam barang aku, laju ja aku bagi. Time exam kekadang main tukar-tukar jawapan. Kelakar wehh bila ingat balik. Eventho aku duduk sebelah dia, tapi kitorang tak rapat pun. Yelaah sebab aku ni pendiam. Dia pulak jenis nakal, ada je benda tak reti duk diam dia nak buat.
Aku ingat lagi ada satu hari tu masa kelas malam, (if kelas malam, boleh duduk mana-mana) aku duduk seat paling belakang dekat dengan pintu sebab senang nak keluar. Pastu dia pulak tetiba mai datang duduk sebelah aku. Hahahaha aku punya seronok jangan cakap la kan. So sepanjang kelas malam tu selama dua jam, tak habis habis dia tanya aku memacam. Mintak gula-gula la, mintak pinjam barang la, mintak jawapan laa sebab malas nak fikir. Aku tah macam mana semangat terjemah apa yang cikgu cakap kat dia sampai dia gelak-gelak jatuh kerusi pastu semua pandang. Sudahnya kitorang dua orang belakang tu tak fokus dalam kelas duk gelak-gelak kat belakang. Kalau cara aku cerita mungkin la macam sweet, tapi sebenarnya biasa ja.
Ada satu hari masa dia singgah kedai aku nak beli barang, dia nampak siput. Zaman tu siput besar-besar bebudak jarang jumpa so dia macam excited bila nampak. Oh btw dulu ayah aku ada bukak kedai jual ikan perhiasan. And siput tu ada dalam akuarium ikan-ikan bebanyak tu. Time tu aku jaga kedai dengan mak aku and dia datang dengan kawan dia sorang. Aku ingat lagi ayat dia masa nampak siput tu yang kebetulan tengah bertelur,
"Uih besarnya siput ni, telur dia merah!" Aku pun jawab la
"A'ah siput ni tengah bertelur, tengok la kat atas tu banyak lagi telur dia." Sambil tunjuk kat akuarium-akuarium lain. Pastu dia tanya lagi,
"Mana dapat siput ni?"
Haa kau tau, aku pun bukak cerita hikayat mana dapat siput ni sepatah-sepatah lama nak mati sampai aku tengok kawan dia yang tengah tunggu tu dah tarik-tarik tangan dia ajak balik. Tapi apa yang aku suka pasal crush aku ni one of thing is dia dengar je aku cerita sungguh-sungguh dengan muka penuh minat and tak peduli pasal kawan dia. Sambil senyum-senyum pandang aku. Mangaihhh tak tau aku dah melting nak mati time tu. Dia sanggup tunggu aku habis cerita pastu baru dia gerak balik. Tapi lepas dia balik, aku kena marah dengan mak aku sebab bocor rahsia pasal siput tu, huhu nak buat cemana tetiba excited cegitu T.T
Satu lagi masa hari UPSR dah dekat, normally sekolah akan target pelajar-pelajar yang dikatakan boleh capai sasaran sekolah iaitu dapat keputusan cemerlang la maksudnya. Yang aku ingat, masa tu sekolah target dalam 13 orang cemtu. And dalam ramai-ramai tu, aku dengan crush aku ada dalam senarai. Masa tu aku a bit bangga jugak la sebab dalam reramai yang cikgu target tu, aku sorang ja student biasa. Yang lain semua pengawas, crush aku ni pengawas SPBT. Bangga dan seronok bila beratur kat atas pentas depan semua orang masa kena umumkan tu pastu dah la berdiri sebelah crush pulak tu. Haihh rasa macam mimpi ja time tu.
Lepas tu masa pun berlalu dan aku pun dah melangkah ke secondary school. Masa first day sekolah, aku cari nama aku kat dalam kelas mana kat dashboard dengan student-student lain. Aku nampak nama aku kat kelas first. Time tu aku tak kenal lagi sesapa sebab semua orang baru kan. So aku saja-saja la jengah nama-nama kat kelas lain kot-kot ada nama yang familiar ke. Tengah baca-baca, haaa tu kan, aku nampak nama crush aku kat senarai nama kelas yang kedua. Adedeh, kelas kitorang tak sama la. Tapi, ehh dia masuk sama sekolah dengan aku?! OMG, gila tak excited. HAHAHA!
Pastu setiap hari aku sengaja lalu depan kelas dia sebab nak tengok dia, and kekadang masa rehat pun sengaja buat alasan jumpa kawan aku kat kelas dia kekonon nak lepak padahal nak tengok dia ja. Dia ni memang nakal, bila masuk secondary lagi menjadi-jadi nakal dia. Masa Form 1 lagi dah kena tampar dengan pengetua sebab kuranghajar, bayangkanlah dia punya nakal tu macam mana. Hahaha. Tak lama tu aku dapat tau yang dia ni dah ada girlfriend, macam kecewa jugak la huhu. Tiap kali aku terserempak dengan dia, aku jadi speechless.
And as the time passes by, aku masih takde keberanian nak tunjuk kat dia yang aku suka dia. Pastu bila aku dah mula lebih fokus dengan belajar, perlahan lahan minat aku kat dia dah hilang. Tapi perasaan yang pernah muncul dalam hati aku ni, aku takkan boleh lupa. Sampai bila-bila aku takkan lupa kat first love aku ni. Banyak lagi kenangan aku dengan dia yang aku tak cerita kat sini, tapi cukup lah apa yang sempat luahkan. Kekadang bila duduk sorang-sorang pastu imbas balik kenangan yang macam ni, rasa macam ada satu perasaan hangat dan menenangkan yang mengalir dalam hati. Anyway, I really hope that he will meet his true love and living his beautiful life everyday with his gentle smile.