Assalamualaikum,
Kali ni nak story pasal sorang budak chubby ni. Aku sayang budak ni sangat-sangat. Dulu, dia yang jadi pencetus semangat untuk aku terus hidup. Dulu, dia yang menjadi peneman setia di sisi aku di kala aku kesepian. Dulu, dia yang jadi tempat aku menghiburkan hati. Dulu, dia yang jadi bahan untuk aku lepaskan kemarahan. Dulu, dialah segala-galanya bagi aku. Kehadiran dia dalam hidup aku dah banyak mengubah hidup aku. Aku mengenal erti cahaya melalui pertolongannya. Aku kenal erti gelita juga kerana kegilaan kami bersama.
Sedar tak sedar, dah hampir 7 tahun kami berkenalan. Aku pun dah lupa tarikh rasmi perkenalan kami. Tapi yang pasti, saat perkenalan kami tu bermula apabila dia menghulurkan tangan membantu aku bangkit ketika aku jatuh masa tu. Kemudian, kami menjadi akrab dan bermulalah kisah suka-duka corat-coret tentang bahtera kehidupan alam persahabatan kami. Masa pun berlalu. Tahun 2010, kami terpisah. Dia dah pindah sekolah. Lepas tu, kami jarang contact. Bila dia dah tukar nombor, kami terpisah terus. Tak tau khabar berita masing-masing. Kadang-kadang aku rindu kat dia. Tapi siapa je la yang faham sebab di sekeliling aku masa tu adalah satu dunia baru yang penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi cabaran tu aku hadapinya bersendirian... tanpa seorang teman seperti dia.
Allah punya kuasa, tak tau hikmah apa yang Dia rancang untuk kami. Dua hari yang lepas masa aku on the way hantar adik aku yang kembar dua orang tu pergi tuisyen naik kereta, masa tu dekat traffic light kat Bemban. Lampu masih merah, tapi masa lampu tukar hijau hati aku tergerak untuk pandang ke sebelah kanan dan.. Ya Allah! Terkejut aku sampai nak tertekan brek masa tu bila ternampak dia lalu melepasi aku menuju ke arah Tehel. Dia bawak motor, maybe dia nak pergi kerja kat Melaka rasanya. Aku rasa sedikit gembira sebab dah sekian lama aku tak nampak dia, tiba-tiba dia muncul depan mata dan... dah ada lesen. Lepas tu, aku ada terfikir jugak nak cuba hubungi dia balik tapi tak tau nak cari dekat mana dan aku tak kenal sesiapa kawan-kawan dia.
Petang tadi... aku baru lepas penat kemas rumah. Aku tidur kejap. Dekat pukul 4, adik aku yang lelaki tu kejut. Dia cakap kawan aku datang. Masa tu aku tengah mengantuk, mamai. Antara percaya dengan tak je sebab adik aku yang sorang ni bukan boleh percaya sangat cakap dia. Kalau betul pun kawan aku datang, dalam fikiran aku, mesti si Farra. Aku tak keluar bilik pun, terus nak sambung tidur balik. Masa nak tarik selimut balik tu, tiba-tiba kawan yang adik aku cakap nak jumpa aku tu masuk bilik aku. Ya Allah, lama-lama aku boleh kena sakit jantung dengan budak sorang ni. Asyik buat aku terkejut je. Si chubby ni rupanya! Terus tegak aku terduduk atas katil. Dengan muka serabai bangun tidur haa terus mengadap dia. Ya Rabbi, Syafiqa! Memang terkejut sangat la bila dia datang rumah aku tiba-tiba.
Dia masuk, lepas tu dia duduk atas kerusi. Dia diam kejap. Tunggu aku hilangkan mamai ni dulu la kot. Haha. Lepastu aku tanya khabar dia. Borak-borak atas katil. Tukar-tukar cerita. Even tak lama, lebih kurang 1 jam 15 minit, tapi dia sempat la luahkan perasaan dia sepanjang dia belajar jauh kat tempat orang sana. Kehidupan yang dia lalui, agak menyedihkan. Aku ingat aku nak cerita pasal hidup aku pulak, tapi takpelah. Sebab masa yang tak mengizinkan dan sebab aku nak bagi dia ruang untuk dia lepaskan apa yang terpendam dalam hati dia tu. Mungkin kalau aku dapat duduk lepak lagi dengan dia macam dulu, baru aku akan cerita apa yang aku dah lalui seorang diri tanpa dia selama ni.
Dia tak banyak berubah sejak kami terpisah dulu. Aku je yang dah banyak berubah. Tapi jiwa seorang sahabat tak pernah berubah. Walaupun sekarang ni aku ramai kawan, kawan yang banyak memahami aku, kawan yang berjaya bersama aku, tapi takde seorang pun yang dapat menggantikan sahabat seperti dia. Aku ingat lagi, dulu persahabatan kami tak direstui orang-orang disekeliling kami. Keluarga, kawan-kawan dan segelintir pihak agak tak menyenangi persahabatan kami. Tapi kami berpegang dengan prinsip kami dalam persahabatan. Banyak sangat kenangan suka duka pahit manis yang kami lalui. Tak mampu aku nak cerita di sini.
Sekarang ni, apa yang pasti kehidupan aku kat semester dua tingkatan enam tahun depan akan lebih mencabar berbanding tahun ni. Yelah... Farra dah pindah poli. Classmate, aku tak rapat sangat. Aku dapat bergaul dengan diorang pun sebab Farra ada dulu. Aku bercadang nak masuk asrama, tapi sekarang aku ragu-ragu sebab tiba-tiba ayah aku dah rancangkan sesuatu untuk aku tahun depan. Aku dah jadi serba salah nak bagitau keputusan aku ni kat parents aku. Nanti diorang kecik hati pulak. Dah la semangat aku separuh hilang bila Farra buat keputusan nak pindah. Afzan pulak tiba-tiba cakap nak berhenti u. Dia tertekan dengan subjek untuk sem dua ni. Kalau aku ada kat sana, kalau aku sama-sama belajar dengan dia kat sana... Kalaulah... aku rasa semua ni tekanan ni takkan ada kan.
Sekarang ni, apa yang pasti kehidupan aku kat semester dua tingkatan enam tahun depan akan lebih mencabar berbanding tahun ni. Yelah... Farra dah pindah poli. Classmate, aku tak rapat sangat. Aku dapat bergaul dengan diorang pun sebab Farra ada dulu. Aku bercadang nak masuk asrama, tapi sekarang aku ragu-ragu sebab tiba-tiba ayah aku dah rancangkan sesuatu untuk aku tahun depan. Aku dah jadi serba salah nak bagitau keputusan aku ni kat parents aku. Nanti diorang kecik hati pulak. Dah la semangat aku separuh hilang bila Farra buat keputusan nak pindah. Afzan pulak tiba-tiba cakap nak berhenti u. Dia tertekan dengan subjek untuk sem dua ni. Kalau aku ada kat sana, kalau aku sama-sama belajar dengan dia kat sana... Kalaulah... aku rasa semua ni tekanan ni takkan ada kan.