Jan 27, 2012

Di Atas Satu Cinta

Asslamualaikum ,

Lihatlah betapa indahnya suatu hubungan yang berlandaskan syariat Islam . Pastinya lebih barakah dan dirahmati Allah . Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ally Iskandar dan isteri beliau , Farah Lee .

Kalau tak jelas ape yang pengantin ni cakap, aku dah siapkan dialog yang diorang cakap tu.

Ally     | Saya rasa sangat lega dan bersyukur walaupun rasa, masih lagi rasa kekok sikit nak berdepan dengan isteri. Tapi insya-Allah semuanya akan berjalan baik lepas ni. Cuaca pun okay, tetamu datang pun semuanya mesra dan memeriahkan acara.

Farah     | Rasa bersyukur kerana telah sah dianugerahkan (gelak) seorang yang boleh membimbing saya. Insya-Allah.

Ally     | Saya dapat tau Farah nak mendirikan rumahtangga dalam waktu pengajian. Jadi tu advantage untuk sayalah yang sedang mencari seorang isteri (gelak). Jadi bila berkenalan tu, tapi kami bukan berkenal sebagai kawan pun. Saya menyatakan kepada Farah saya sedang mencari seorang isteri dan dia pun beritahu dia nak cari seorang suami. Jadi kalau kita sekadar nak berkawan, nak main-main tu baik kita tak payah berkawan. Jadi nampaknya kali pertama jumpa we really made business lah. Farah ialah senior kepada adik saya. Jadi adik saya telah meng'kenen'kan kepada ibu saya jadi ibu saya meng'kenen'kan kepada saya. Kemudian disebabkan ini satu perkara yang serius yang tidak boleh dimain-main, saya pun ajak ibu saya dan adik saya untuk turut serta berjumpa dengan Farah buat kali pertama.

Farah     | First time jumpa tu macam dapat hidayah orang cakap. Macam, "Oh, inilah orangnya." Dan lepas tu saya tengok cara dia layan mak dia. Ciri-ciri yang saya naklah.

Ally     | Tak pernah cakap "I Love You" pun. Kan? Sumpah. 

Farah     | Bagi saya, perkahwinan tu dapat bantu, lebih lagi wanita, untuk jaga maruah wanita. Kalau ada orang yang dapat terima kita, bersama-sama kita, tu lebih baik. So saya buat keputusan untuk menamatkan masa bujang saya dalam usia mudalah supaya saya tak makin jauh, makin jauh dengan dunia ni. Sebenarnya saya tau kewujudan dia sebagai selebriti di Malaysia tapi saya tak pernahlah cakap minat ke apa kan. So..

Ally     | Tapi kita ada gambar masa JomHeboh. Masa tu dia kecil lagi. Tapi dia kata dia tak minat, dia ambil gambar je.

Farah     | Haa?

Ally     | Takde. Teruskan teruskan.

Farah     | Saya cakap kat mak saya dan saya tengok reaksi parents saya pun okay je, positif. Mungkin dia tengok personaliti Ally dalam ... Masa tu diorang tak pernah jumpa pun sebenarnya. Saya ikut restu ibubapa la.

Ally     | Tanggungjawab saya sebagai suami ialah menyediakan tempat tinggal untuk dia. Jadi kunci rumah tu adalah simbolik. Dia ada tempat untuk dia kembali ke Kuala Lumpur, di rumah sayalah. Makna kunci tu dia bawa, dia buka, boleh masuk. Saya akan hantar Farah ke kuliah dan spent time dengan dialah untuk beberapa ketika. Tu dipanggil short honeymoonlah. Tapi, insya-Allah sebab Farah ada setahun lagi sebelum graduate. Saya akan kumpul duit banyak-banyak untuk kerap ke Korealah. Dan cuti bawa balik.

Wassalam .


Sayang Salam ,

0 comment (s):

Post a Comment

Comment (s)