Dec 23, 2013

Kuatkah Aku

Ya, sakit. Memang sakit sangat apa yang aku rasa sekarang. Sakit sampai aku tak boleh nak mengalirkan air mata lagi. Ya Allah, aku harap aku dapat menangis sepuas-puasnya. Tapi kenapa susah sangat aku nak menangis lagi ni. Bagi sesetengah orang, air mata tu lambang kelemahan. Tapi bagi situasi aku sekarang, air mata membuat aku jadi kuat. Tapi aku belum kuat lagi. Aku rasa macam diri makin lemah.

Hish, bertenang. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. Aku kena ingat niat asal aku. Jangan kerana tekanan yang sikit ni, prinsip aku senang goyah. Aku cuma perlu berkorban lagi. Mungkin sikit lagi, atau banyak. Memang. Memang keadaan sekarang jadi makin teruk. Tapi aku yakin dengan apa yang aku impikan. Ya, aku cuma perlu yakin. Keyakinan untuk menutup kisah silam yang menjadi titik hitam dalam sejarah hidup aku. Sabar wahai diri. Jaga maruah dan nama keluarga. Jangan lepaskan dendam dalam amarah.

Well aku kan berani, suka dengan cabaran. Benda ni small matter la. Come on Doremon. Jadi kuat, jadi diri sendiri, baru cabaran sikit macam ni takkan la dah nak jatuh? Jangan biarkan emosi menguasai diri, turunkan sikit ego, tapi jangan sampai kena pijak dengan orang yang cuba menjatuhkan kau.

That's it! Jangan cari impian, tapi kejar impian tu dengan usaha. Jangan ikut kata hati, tapi kaji sebelum mencari keinginan hati. Sebelum kenal alam, kena kenal diri sendiri. Stop fikir perkara yang buat aku berhenti dari terus melangkah dalam mengejar impian aku ni. Aku dah berjalan dan aku tak boleh berhenti. Ini satu pengorbanan yang paling berat aku kena lakukan. Walaupun aku terseksa, walaupun orang marah bila aku kata pengorbanan aku ni tak bagi manfaat langsung pada diri aku, tapi aku yakin mereka silap. Aku yakin aku mampu buat, kerana aku yakin aku seorang yang kuat.

Dec 16, 2013

Anniversary (?)

Assalamualaikum

Hweee. Sudah satu bulan. Satu bulan apa? Satu bulan hidup 'terseksa' bersama Hippo ter'benci' ini. Ok dah, tu je nak cakap. Nak cerita panjang-panjang, kemalasan pulak sedang melanda. Padahal, idea banyak ja nak taip. 

Alkisah...
16 November yang lalu, hidup ku mula berubah dan porak peranda kerana setiap malam diganggu makhluk ini. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, sentiasa teringatkan beliau sepanjang masa. Dendam ini takkan pernah ku lupakan kerana dia sudah menyeksa batinkuu!
-Hikayat Sinetron Tamat-

Eh tapi kan, aku bukan jenis orang yang sambut anniversary cenggini. Banyak lagi kot tarikh-tarikh yang penting yang aku rasa aku patut celebrate or kenang, ok no words. Just happy with this simple life story. Harap bukan teman untuk sementara tapi untuk selamanya.

And macam biasa, setiap yang hadir sentiasa memberikan kesan yang sangat bermakna buat diri ini melangkah menjadi lebih matang. Saya sayang awak kerana menjadi sebahagian daripada insan-insan tersebut. Terima kasih.

And here is the sketch yang pertama kami draw bersama-sama. Bertarikh 26 November. Hewhew. 

Dec 10, 2013

A Simple Day

Assalamualaikum

Hari ni aktiviti tak banyak mana. Hmm tapi rasa penat macam biasa je la. Pagi-pagi dah bawak kaklong dengan abang pergi SSDC. Abang retest computer test dia. Kaklong repeat JPJ test dia. Aku, macam biasalah. Jadi driver diorang memandangkan aku dah ada lesen kan. And then, macam biasa hantar abang dulu kat pejabat SSDC Jasin pastu bawak kaklong pergi Bukit Katong, Rim.

Sementara menunggu kaklong habis test, aku duduk la dalam kereta sensorang sambil baca novel. Well, membaca novel bukan minat atau hobi aku. Tapi aku cuma terlalu bosan setiap kali kena menunggu lama. Lagipun aku baca novel tu bukannya sungguh-sungguh. Sekadar baca kosong isi masa lapang dalam kebosanan. Pastu yang selebihnya apa lagi, ngapp ngapp la bekfes yang bawak dari rumah tadi. Hahahaha.

Pastu dah nak dekat kul 10 nampak kaklong keluar dari pejabat. So tanya cemana, dia senyum ja. Nampak borang yang dia pegang and aku dah dapat agak. Tersengih-sengih dia masuk kereta. Suka la tu, lulus jugak dia. Alhamdulillah. Then terus pergi Jasin beli barang jap kat Family Store. Dah beli barang, park kereta depan Kedai Kek Kesang tunggu Abang keluar pulak.

Dalam 15 ke 20 minit cemtu nampak la dia turun tangga dari kelas komputer test tu. Tengok muka dia kerek gila. So dapat baca dia pass walaupun ni kali ketiga dia ambik test. Hahaha. Tu pun paras hidung ja tapi kerek sungguh muka. Pangg terus, padan muka. Then masa nak balik tu, call Afzan suruh dia siap-siap nak pegi library Melaka. Patutnya cadang pergi semalam tapi ada hal yang tak dapat dihalang, so nak taknak aku terus ajak Afzan pergi hari ni jugak. Memandangkan masa dia dah suntuk untuk siapkan proposal kan, aku tolong la mana yang patut.

Sampai Bemban, kutip Afzan kat rumah dia pastu balik rumah aku jap. Ngapp ngapp lunchy, mandi-mandi, siap-siap, then lepas Zohor baru gerak. Adik aku perempuan yang bongsu tu pun ikut sekali sebab dia kata bosan duk rumah takda buat apa. Lagipun kat rumah petang tu mak ayah aku takda, pergi kerja. Adik dengan abang buat kerja kursus akaun. Kawan dorang datang rumah.

Pukul 1 lebih then sampai la kat library. Tinggalkan adik aku kat tempat santai untuk dia buat kerja dia yang dia nak buat. Lantak dia la kerja apa asalkan tak ganggu kerja aku. Pastu aku dengan Afzan pergi kat ruang student. Firstly, cari sumber sekunder punya bahan. Cari punya cari then dapat la beberapa bahan yang berguna. Dalam 1 jam lebih la jugak cari bahan tu. Time tu library agak lengang. Manusia yang ada pun boleh kira dengan jari je. Aku dengan Afzan pulak ambik port yang agak tersorok.

Pastu dah penat menyelak fail-fail yang berlambak kat rak, kami decide rehat barang 5 ke 10 minit. Haa rehat kami bukan rehat tarik nafas lepas nafas. Apa lagiii, 1.. 2.. click arr. Berjimba sekejap di sebalik rak-rak buku dalam library tu. Aku rasa orang kat kaunter tu perasan gelagat kami, tapi nasib baik dia buat dunno ja. Kalau dia tegur, komfem kami malu then blahh. Hahaha.

Pastu dah penat snapping-snapping, pindah meja. Duduk dekat dengan rak bahagian buku-buku pulak. Tadi duduk dekat dengan rak fail-fail and majalah ja. Selongkar rak buku pasal bahan kajian. Buat rangka proposal pastu blablablablabla. Saat berganti minit, minit berganti jam. Dan akhirnya pukul 4 lebih dah siap. Aku suruh dia taip malam ni jugak proposal tu and edit apa-apa yang aku dah explain kat dia. Harap dia buat la. Pastu dah siap kerja, sambung berjimba balik. 15 minit gitu then baru blah balik rumah.

On the way balik, tetiba grukk grukk pulak. Alahai mana nak singgah ngap ngapp ni. Afzan kata dia lapar goreng pisang. Aku singgah la kedai depan Petronas kat Ayer Molek. Sekali RM5 goreng pisang dia beli. Hahahaha. Ngap ngapp ja la apa yang ada asalkan boleh ngap. Hantaq dia pi balik rumah kat Bemban. Kira pulangkan dia kembali ke pangkuan keluarga dia la ni. Then pukul 5 lebih dekat pukul 6 baru sampai rumah.

Pastu bila masuk bilik, aku terasa macam aku lupa something. Apa dia ah. Aku tak boleh nak fikir. Ah lantak. Then on laptop, on bluestack, on skype. Krohh sekejap. Then bangun, then maghrib. Then dah habis hari aku yang setengah bosan setengah penat tapi yang penting Afzan boleh tenang sikit proposal dia dah hampir complete. Weh Zan, mohon siapkan apa yang aku pesan. Hahaha. Minggu ni minggu last okehh.

Kisah selepas maghrib malas nak cerita, itu dah boleh masuk tajuk kat entry lain. Kekeke.

Sekian saja coretan Doremon yang comel.
Sep 6, 2013

Perjuangan

Assalamualaikum.

Aku telah memasuki satu dunia baru yang sangat mencabar dan tak pernah aku terfikir yang aku mampu sampai sejauh ni. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni sedang dijadikan alat ujikaji. Kadang-kadang aku rasa yang aku ni memang ditugaskan untuk meneruskan perjuangan mereka. Tapi banyak sangat teka-teki yang aku sendiri masih tak faham lagi. Aku sendiri tak kenal dia sepenuhnya. Banyak sangat yang aku nak tanya kat dia. Tapi persoalan yang paling penting ialah "Kenapa aku?". Terlalu banyak persoalan dan teori yang bermain di fikiran aku. Aku hampir mati kata-kata bila aku terasa yang impian aku seolah-olah sedang disuluh dengan cahaya.

Tapi aku sedar yang aku tak boleh leka dan cepat lupa diri. Aku kena bersikap matang dan lebih bersedia dalam mengharungi arena ini. Cabaran. Ya, aku sukakan cabaran kerana hanya dengan cabaran yang mampu membuat aku berfikir menggunakan hati dan bijak mengawal emosi. Merangka strategi untuk mencapai sesuatu matlamat di samping melakukan pengorbanan yang bukan semua orang mampu lakukan.

Ya Allah, sungguh side efeksi sungguh banyak menerpa dan cuba menggoyahkan kekuatan hati ini. Aku bermohon kepadaMu, limpahkan padaku dengan kasih sayangMu, pinjamkan aku kekuatanMu, kurniakan aku dengan rahmat dan pengampunanMu. Aku masih mentah dan memerlukan bimbinganMu Ya Rabbul Izzati. Aku bermohon pertolonganMu melalui hamba-hamba yang Engkau utuskan.
Aug 9, 2013

Kerinduan Pada yang Pergi

Pemergianmu membawa seribu satu rasa dalam hatiku.
Sungguh ku tak sangka kau kan pergi lebih awal dari masanya.
Diriku merindu saat-saat persahabatan kita dulu.
Walau cuma seketika tapi bagiku sangat bermakna.
Ya Allah, berkatilah kehidupannya di alam sana.
Lindungilah dia dari azab seksa.
Ampuni segala dosa-dosanya.
Persahabatan ini akan ku hargai dan kenang sampai akhir hayatku.
Kerana dia telah memeluk agamaMu.
Kerana dia mempunyai hati nurani.

Sekalung doa dan Alfatihah dihadiahkan untuk sahabatku yang telah menghadap Ilahi sebelum Ramadhan tiba tempoh hari. Ya Allah, sungguh kehilangan dia memberi kesan yang mendalam padaku. Dia sahabat yang baik dalam alam cyber ini. Memang aku tidak mengenali dirinya secara menyeluruh tapi cara dia.. ah, tak tau nak cakap macam mana. Kehilangan dia buat aku terasa seolah-olah aku kehilangan orang yang paling aku sayang.

Sebelum kali terakhir kami berinteraksi, dia meninggalkan aku dengan satu persoalan yang membuatkan aku tertanya-tanya dalam jangka masa yang agak lama. Ya Allah, hikmah apa disebalik persoalan itu. Tak sangka jawapannya aku temui setelah dia pergi buat selamanya.

Alangkah bertuahnya kamu wahai sahabatku kerana dianugerahkan seorang sahabat baik yang mampu membimbingmu ke jalan Allah. Aku diberitahu, kamu seorang mualaf. Alhamdulillah, kuasa Allah yang membuka pintu hati kamu. Hatiku rasa sedikit terpujuk.

Dari cerita Joe, aku rasa agak kesal juga kerana aku sendiri tak sempat nak minta maaf dari kamu. Wahai sahabatku, aku mendoakan kesejahteraan kamu di alam sana. Semoga Dia menempatkan kamu dalam kalangan orang-orang yang beriman dan sebaik-baik di bawah naungan rahmat-Nya. Amiin.

Aku rindukan kamu wahai sahabatku. Ku kirimkan rindu ini dalam setiap bisikan doa melalui-Nya agar rinduku dapat dipujuk dalam keberkatan. Assalamualaikum dan semoga tenang di sana selamanya, Jeremy.
Jul 16, 2013

Choice


Aku tak tak takut kehilangan orang yang sayangkan aku. Dia dah pilih jalan yang dia kehendaki. Jalan yang dia rasa lebih baik untuknya. Aku tak mampu halang. Semua tu kerana aku lebih takutkan azab Allah. Bila aku dapati selama ni aku dah pilih jalan yang salah, aku menggigil bila teringat azabNya yang menanti. Ramadhan kali ni betul-betul dah buka pintu hati aku. Ujian Allah cukup berat. Tapi aku yakin Allah masih sayangkan hamba-hambaNya. Aku perlu memilih jalan yang Dia redhai.

Jul 14, 2013

Life Observe

Kena tikam dengan kawan sendiri? Ya Allah! Pedihnya hati takde sape yang faham :'( aku tau mungkin masih terlalu awal untuk aku lalui life yang lebih mencabar ni tapi dengan apa yang berada di sekeliling aku ni dah cukup untuk buat aku faham yang Allah tu Maha Pengasih dan Maha Adil. 

Aku minta maaf. Aku bukan macam yang kau fikirkan. Kalau orang lain kat tempat aku, mungkin dah lama kau kena maki and diburuk-burukkan kat public. Aku cuba beri penekanan psikologi untuk kau selesa dengan situasi ni. Mungkin benda tu baru je berlaku. Sebab dari sudut pemerhatian aku, tekanan tu sangat kuat. Tak tau lah kalau kau cuma nak peralatkan aku untuk lepaskan apa yang terpendam. Tapi even betul pun kalau memang aku ni diperalatkan, aku tak marah. Plus aku makin simpati dengan kau sebab kau susah nak terima hakikat. Kalau dengan cara macam tu dah boleh buat aku bantu kau secara tak langsung, apa salahnya. Asalkan kau tak tertekan.

Tapi aku masih pelik tentang satu ni. Kenapa cepat sangat kau mudah jujur dengan aku? Padahal masa first-first dulu kau cakap aku ni mencurigakan. Bila aku tanya, kau sendiri tak tau nak jawab. Takpe lah. Aku tau kau masih dalam tekanan. Tapi aku harap sangat kau tak terlalu membiarkan diri kau terus menafikan hakikat takdir. Aku harap sangat kau berubah jadi lebih baik. Manfaatkan sepenuhnya di bulan Ramadhan ni.

Aku tak kenal kau sepenuhnya lagi. Kepercayaan kau pada aku tu yang buat aku selesa walaupun kau selalu cakap pelik-pelik dengan aku. Aku hanya mampu bersabar sebab aku sedar kesabaran aku tak sekuat kesabaran kau menghadapi life ni. Aku masih terlalu muda. Bila aku cuba faham, ternyata life kau memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Its okay kalau kau pun tak faham apa yang kau dah buat tapi kena ingat jugak pada batas agama. Ingat apa aku cakap. Bukan semua perkara aku mampu jujur kerana beberapa sebab yang aku tak boleh dedahkan. Lagipun secara tak langsung kau dah tolong aku. Aku pun nak ucapkan terima kasih sebab bagi aku peluang baru untuk aku kembali pada dunia ni.

Aku akan tetap menjadi seorang pemerhati dan menganalisis setiap pemerhatian tu untuk diklasifikasikan sama ada sebagai pengajaran ataupun teladan. Insyaallah persahabatan kita akan kekal selamanya. Terima kasih.
Jun 26, 2013

Kejar Cita-Cita

"Tolong jaga hati. Kita ni belum halal lagi."
Hmm. Aku dalam dilema.
May 20, 2013

He Upset of Me

Assalamualaikum.

Macam yang aku jangka. Dia kecewa dengan sikap aku. Ya aku tau memang salah aku dah buat dia terlalu kecewa. Teruknya aku ni. Kalau aku tak berlatih lama sangat malam tu, mesti aku takkan letih and penat. Mesti aku takkan tidur awal and aku rasa aku sempat untuk jadi orang pertama yang wish dia. Aku dah atur semuanya dengan baik. Tapi akhirnya apa yang aku rancangkan dah gagal. And pagi tu aku bangun dalam keadaan "Arghh! Apesal aku tidur awal semalam?!!"

Lepas tu aku tukar plan lain. Aku memang dah nekad. Walauapa pun yang jadi, aku tetap nak jadi adik dia yang terbaik even pada benda-benda yang kecil. Even dia anggap aku ni adik dia yang paling menyusahkan, aku tetap nak tunjukkan sesuatu yang buat hati dia tersentuh lebih-lebih lagi pada hari istimewa dia tu. Tapi Allah Maha Kuasa. Semua yang aku rancangkan gagal dan tak dapat dijalankan. Aku tak tau apa hikmah disebalik semua ni. Kadang-kadang aku hampir putus asa bila Aiman cakap dia dah merajuk dengan aku. Tapi bila aku ingat balik semua kata-kata semangat dia untuk aku dulu, dengan tak semema-mena aku jadi kuat.

Tapi sedar tak sedar dah sebulan hari istimewa dia tu berlalu dan aku masih lagi belum wish and masih lagi belum dapat tunjukkan pada dia yang aku tak pernah lupakan dia and masih lagi belum bagitau dia yang aku tetap hargai dia sebagai abang yang paling aku sayang. Dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang waktu-waktu terdekat ni, lagilah dugaan aku bertambah. Jauh di sudut hati aku, aku sendiri memang kecewa dengan diri aku.

Aku tau dia memang tertunggu-tunggu ucapan dari aku. Even kawan-kawan dia ramai yang dah wish tapi sebagai seorang abang memang patut pun dia tunggu ucapan dari adik dia. Kalau aku ada kat tempat dia, aku pun kecik hati jugak. Zzz -_- sumpah aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau aku terangkan situasi yang aku tengah hadapi sekarang lagi rumit dari yang orang nampak, aku rasa semua tu takkan dapat pujuk hati dia dari terus kecewa dengan sikap aku.

Aku tau aku perlu minta maaf. Aku tau aku perlu pujuk hati dia balik. Tapi yang pasti bukan sekarang. Memang bukan sekarang. Mungkin masa tu nanti dia masih taknak maafkan aku tapi yang penting aku akan tetap jalankan apa yang aku dah rancang sejak hari tu. Never mind if all the offense is put on my shoulders only as long as he does not bear the same things as me. 

May 18, 2013

Antara Dua Pilihan

Assalamualaikum

Dalam aku gembira dengan hari-hari yang aku lalui, ada sekelumit rasa sedih yang memenuhi segenap penjuru hati aku ni. Sungguh aku tak sangka orang macam dia mampu buat aku berfikir panjang dalam keadaan yang penuh dengan rasa pengharapan.

Sebab ni lah aku memilih untuk menjadi seorang yang kejam. Aku tak salahkan semua orang. Tapi aku salahkan diri aku sebab terlalu percaya dengan mereka.

Seorang hamba Allah. Yang aku baru sahaja kenali. Mungkin kerana sikap concerned dia sepanjang bersama aku, buat aku rasa agak dilindungi.

Bila aku tanya perempuan tu, dia tak nafikan pun malah dia gembira bila aku tanya.

Sedih la jugak sebab dia tipu aku kan. Now aku ada dua pilihan. Sama ada nak berdiam diri atau nak bagitau yang aku dah tau apa yang dia sembunyikan dari aku haritu.

May 10, 2013

Air Mata


Air mata. Turunnya ia kerana reaksi sebuah hati. Rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh. Aku sendiri tak tau nak terjemahkan hakikat naluri yang bergelodak ini. Di mana puncanya? Mengapa ia terjadi? Sejak bila ia mula menguasai emosi ini? Aku buntu. Tekanan sekeliling. Tekanan dalaman. Tekanan masa silam. Tekanan ilusi. Semua bersatu dalam hati. Lalu akhirnya ia turun mewakili keperitan sang hati. Ia turun menggambarkan gelodaknya emosi.

Masa silam yang mengajar aku untuk menjadi seorang pemendam. Masa silam juga yang mengajar aku untuk menjadi seorang pendendam. Apa yang aku pendamkan? Segalanya. Tentang hati dan emosi. Lalu, aku dendam pada siapa? Kadang-kadang aku terasa diri aku yang mendendami sendiri. Apa yang ingin aku buktikan pada kehidupan ini? Apa yang aku inginkan sebelum aku tamatkan buku hikayat yang Ilahi takdirkan ini? Fikir dan terus berfikir. Dan dalam berfikir, aku tak pinta ia turun tapi hati ini tidak mampu menahannya. Lalu aku membiarkan.


Pada suatu-suatu masa pula, rasa simpati membatasi keegoan dalam diri. Aku korbankan segalanya dengan rela. Aku biarkan hati aku meratap dalam sepi hanya kerana ingin melihat senyuman terukir dibibir insan-insan yang aku simpati. Betulkah tindakan aku? Sejauh manakah keikhlasan aku? Kadang-kadang aku rasa satu perasaan yang tidak menyenangkan menyelubungi diri aku. Aku taknak perasaan itu tapi seringkali aku gagal mengawalnya daripada terus menguasai aku. Akhirnya, aku kecundang dalam pasrah kerana dihimpit lagi, dan sekali lagi ia turun. 

Air mata ini takkan pernah berhenti. Naluri aku berkata, tangisan itu dalam diam mengajar erti kekuatan yang kita cari. Jadi aku akur bila ia pinta untuk turun walau kadang aku tahan untuk melawan sebuah perasaan. Aku cuba melukis emosi ini dalam satu gambaran kasar. Aku cuba terjemahkan kata-kata sang hati di bait-bait watak yang melintasi. Sedang aku sendiri gagal menjadi kotak pengisian untuk hati ini bercerita, mana mungkin ada insan lain yang mampu menembusinya. Pernah aku paksa, tapi akhirnya aku tewas lagi pada air mata. Hakikatnya, hanya air mata yang mampu bercerita.
Apr 14, 2013

My Prince


Assalamualaikum

Sekarang bulan April. Dalam bulan ni, ada birthday someone yang special pada aku. Huhu. Tadi duk bosan-bosan tetiba teringat blog dia yang dah lame bersarang. So aku jengah la kejap. Nasib baik ada save lagi dalam bookmark bar, kalau tak penat nak meng-goole sebab tak ingat url dia. Wuu bila baca balik semua entri dia tu, rasa rinduuuu sangat-sangat masa zaman aku rapat dengan dia. Sekarang bukan tak rapat, cuma masing-masing dah busy kan so jarang la contact.

Minggu lepas, dia cuti seminggu. Tapi bila dapat tau lepas ni dia tak balik lagi sampai cuti penggal nanti, aku pun bercadang lah nak bagi birthday present dia awal sikit. Tapi malangnya, masa hari last kat sekolah minggu lepas aku tertinggal pulak present tu dekat rumah. Bila ternampak dak Aiman, baru aku teringat. Wuu, nampaknya lambat la dia dapat hadiah ni. Takpa, simpan dulu. Special present ni meyh, aku tau dia memang gila dengan benda ni. Hahaha.


And now, tadi dapat inbox dari dia. Hmm, nampaknya dia dah balik ke UPSI. Huwargghh sebenarnya macam-macam aku nak cerita dekat dia. Pasal kawan-kawan aku, pasal family aku, pasal aku. Eh, semualah! Pasal life dia dekat sana pun aku nak tau jugak. Tapi kami masing-masing always busy. Maklumlah life masing-masing banyak dah berubah kan. Kalau contact pun just dapat tanya khabar and borak sikit-sikit je. Nak cerita panjang-panjang memang haram tak dapat lah kan. Kejap-kejap kang sorang menghilang, busy. Haha. Takpa lah, kalau umur panjang boleh la story mory macam dedulu ye dak abg? Hee.

___________________*****___________________


Yaa, this is my lovely super extreme double awesome prince of my one and only brother *haiyaa melebih plak aku ni -_-'' hahaha. Over plak. Okay, pendek kata, dia ni abang angkat aku je. Abang aku yang selalu bagi semangat dekat aku, yang cuma aku je tau tahap kegedikan dia tu, yang ada personaliti rahsia tersendiri, dan ada ramai peminat. Boleh tahan hot abang aku ni. Tang mana yang hot tu aku tak tau ar. Haha. Dia ni atas aku dua tahun. Ada adik lelaki sebaya dengan aku. Mula-mula aku tak expect pun aku boleh satu kepala dengan adik dia dak Aiman tu. Sekali bila dah rapat, hamek kau. Terlebih rapat dah kitorang. Haha.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal abang aku ni, memang panjang nak dikisahkan. Tapi aku hanya mampu cerita setakat ni saje. Kalau ada masa lagi nanti, aku explain la details lagi pasal dia. Ehh kejap. Awat senyap semacam sejak dari maghrib tadi eh? Aku duk pelik ja apesal budak gedik tu tak mengacau. Laa, sekali phone aku dah kiok rupenye. Patutlah takde budak comel menjerit 'Twit! Twit!' Hahaha. Okay okay, dah malam ni. Nak charge phone and tidur. Abang, kenang daku dalam doamu ya. Ganbate onii chan !!! Ouh, tak lupe jugak pada Aiman. Time kasih bagitau result aku dekat abang -_-'' 

Little Sweet Mr. Cutie

Assalamualaikum


Sometimes, people just like to test our anger. Tak tau lah dia memang sengaja nak buat aku tersentap atau dia ada niat lain. Tapi bila dia buat macam tu, aku rasa macam... Perlu ke nak tengok aku merajuk atau marah tak tentu pasal dalam diam even dia tau perkara tu aku memang tak suka? Lepas tu gelak-gelakkan aku. Memang benda ni satu permainan je kan, sebab tu dia suka gelak.

You ask me to wait you. Okay, I know that you're too young to think of this serious relationship but as long as I know that you can keep on your words, it's truly enough to make me strong waiting for you in the future. But now, from what I can see is... you always try to test my feelings.

Perlu sangat ke sentiasa nak uji sejauh mana perasaan tu? Atau awak sendiri yang tak yakin? Kalau tak yakin, kenapa datang pada saya? Pergi je lah dekat orang lain yang dah lama tunggu awak tu. Awak sendiri yang cakap kan, ramai yang tengah tunggu awak. Tapi awak cakap awak nak saya. Kenapa beritahu saya? Awak nak tunjukkan bukti kesetiaan awak tu pada saya? Saya tak pernah mintak awak buktikan. Kenapa? Sebab saya cuma cakap sekali, dan saya takkan ulangnya lagi. Saya dah terangkan semuanya dekat awak dulu, kalau awak ingat lagilah, dan saya rasa apa yang saya dah terangkan dulu tu dah cukup jelas untuk buat awak faham apa yang saya dah rancang dalam kehidupan saya pada masa akan datang. Antara awak faham atau tidak je.

Memang, dia yang datang dulu dalam hidup aku. Aku tak mintak. Aku ingat lagi, masa mula-mula dia cuba nak kenal aku, aku selalu elakkan diri. Tapi dia tak putus asa. Sampai entah macam mana, kesabaran dia buat aku dengan dia jadi rapat. Akrab. Sampai aku dah anggap dia salah seorang orang yang penting dalam hidup aku. Kadang-kadang dia selalu jugak buat aku lupakan masalah aku sekejap dengan gelagat dia yang menghiburkan hati aku.

Tapi kalau suatu hari nanti dia tinggalkan aku, aku tak kisah. Tak kisah bukan sebab aku tak sayang. Aku sayang. Dan sebab sayanglah aku akan biarkan dia dengan orang yang mampu buat dia rasa jauh lebih gembira daripada bersama aku. Aku tak marah kalau dia nak pergi sebab bukan aku yang mintak dia datang dalam hidup aku jadi buat apa aku nak halang kalau dia nak pergi kan? Aku tak pernah suruh dia berjanji apa-apa. Aku tak pernah suruh dia tunggu aku. Dan aku tau, kalau satu hari nanti dia berubah hati, sebenarnya memang salah aku pun. Sebab aku tak jaga hati dia. Orang yang tak reti nak jaga hati kita, buat apa kita nak jaga hati dia kan? Tapi dalam diam aku tak haraplah kami bermusuhan sebab dia pun ada jugak yang istimewa dalam diri dia yang orang lain tak nampak.

Sebenarnya, semua ni sebab aku dah boleh baca rentak yang akan berlaku kalau seseorang tu datang  dalam hidup aku mengikut perwatakan dia. Aku dah lali. Aku dah biasa. Aku dah faham sampai aku tak tau nak terangkan macam mana. Kalau aku faham, aku akan senyum kenapa seseorang tu boleh berubah. Kalau aku tak faham, aku akan mendalami lagi untuk tau dan rasa apa yang seseorang tu inginkan dalam hati dia.

"But dear, please. If you love the other girl at the same time while you expressing your feeling towards me, just go to her - the second one. Because if you really loved me, you wouldn't have fallen for the second. No worry, I won't mad because I'm truly understand if things like that going to be happen in your life. Truly, I'm understand. But then after that, I want to be thankful for leaving me a super sweet memory and chance to feel loved even if only for a moment. Deep from my heart, thank you."


Mar 31, 2013

Someone Missing Me xD

Assalamualaikum

Hari ni penat gilaa ._. Tengahari pergi wedding rumah Alem, abang dia kawen. Aku pergi dengan Koe and adik bongsu aku tu pun ikut sekali. Time nak pergi wedding tu memang tak plan pun, dah dekat tengahari tetiba plak masing-masing on jek.  Masa kat rumah Alem tu, hahaha tak percaya aku. Dia langsung tak pandang aku, inikan nak tegur. Lantak kau la Alem. Kau yang bersalah okay. Bukan aku. Jangan nak tunjuk keras kepala kau depan aku.

Pastu balik rumah pukul 2, aku terus buat homework PA. Banyak wehh. Buat homework last minit katekan. Ni lah perangai student. Hahaha. Pastu tadi lepas maghrib aku rehat-rehat kejap. Tetiba terpikir nak stalk kengkawan alam maya aku. Lama aku tak dengar kabar berita dorang.

Pastu aku pun reactive la twitter yang aku dah deactive sejak result sem 1 aku keluar haritu. Bila aku check dekat Interaction, Kak Delaila a.k.a Queen Of The Night, mention aku. Dia cakap ada orang kirim salam. Bila aku klik view photo, terkejut aku nama Akmal dalam screen shoot tu. Cemana entah dia tau yang Kak Delaila tu kenal aku. Maybe sebab sign #KLs tu kot.

Pastu aku view profile Akmal, mak aihh dia cari aku rupanya sepanjang cuti seminggu ni. Kesian la pulak. Mana taknya, dia dah macam adik aku kot. Huhu sorry la Mal, aku bukan unfollow kau la. Aku just deactive twitter ja. Tu lahh, sape suruh hilangkan phone. Kan dah susah nak contact aku. Hahaha. Dah dah. Tak baik gelakkan budak tu. Kesian kot. Dah la waktu sekarang ni budak-budak asrama dah balik hostel. Mesti dia pun dah balik hostel jugak. Hahaha. Eh tergelak lagi pulak :v


Okay aku tak tau apa yang dia nak sampai tercari-cari aku. Eh wait. Dah kenapa kes dia tercari-cari aku pun sampai aku nak update pasal dia ni? -_- Tak tau la nakk. Jari ini yang menaip mengikut rentak hati. Miahahah.

Dak Mal ni aku kenal dia masa tahun lepas. Time tu BTC masih baru lagi. Kira dia ni satu team dengan aku la. Dia rajin tanya aku kalau tak paham apa-apa. Budak ni sebaya dengan adik bongsu aku je pun. Suara dia suara emas, susah betul nak bercakap kalau join skype x) tapi aku pernah dengar suara budak ni masa teamviewer dia. Dia ter-on mic, pastu cepat cepat dia off.  Aloo comel gilaa suara budak-budak la katekan. Hahahaha!

Aiyerr. Sudah malam laa. Assignment tak siap lagi ni. Sudah-sudah. Kalau nak cerita panjang-panjang kang, memang haram la homework aku ni nak siap ye dak. Okay, gigih membuat homework selaju dan sedaya mungkin xD ganbateeee! Yoshh!
Mar 30, 2013

I Believe I Can Fly

Assalamualaikum

Rasa nak terbang ~
hahahaha.
weeeeee xD 
sky i'm cominggggggg ~~
wui wui apa aku melalut ni ^^"
haha. entah.
lately banyak sangat perkara
yang buat aku ketawa
yang buat aku happy
yang buat aku nak gelak je sepanjang masa.
certain people di sekeliling aku
yang concerned pasal aku
certain perkara yang berlaku
yang akan tinggalkan banyak kenangan pada aku
certain memories...
seriously aku harap aku dapat kekal dalam komuniti baru ni
harap sangat...
:')


TERIMA KASIH, AWAK :')
Mar 28, 2013

Be Strong

Assalamualaikum

Hidup ni memang hambar kalau takde orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Hidup ni memang gelap kalau takde orang nampak bila kita menjerit memanggil mereka. Hidup ni memang sunyi kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita macam tu je. Tapi sedalam manapun kehambaran, kegelapan atau kesunyian itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita kuat untuk lawan kesakitan itu semua, kita sendiri yang akan dapat rasa alangkah kecilnya dunia ni. Masa tu nanti, baru kita akan sedar bahawa penyesalan tanpa kekuatan untuk bangun kembali hanyalah sia-sia.

Takde orang yang gagal dalam dunia ni walaupun dia duduk di tempat yang paling belakang. Walaupun dia jatuh bila ditolak seseorang. Walaupun dia ditinggalkan keseorangan dalam tempat yang sunyi dan tiada sesiapa dapat mendengar jeritannya. Selagi dia mencuba untuk melangkah ke hadappan, selagi dia cuba untuk bangun dari kejatuhan itu, selagi dia cuba untuk mencari jalan keluar yang boleh membebaskan diri dia, selagi itulah cahaya kejayaan akan sentiasa menunggu dia di akhir jalan sana.

Memang bukan senang nak dapatkan apa yang kita hajatkan. Bukan senang juga kita nak menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dan sesuatu itu kita langsung tak mengharapkannya. Bukan semua kehendak kita dapat ditunaikan sekaligus. Kadang-kadang sesetengah apa yang kita minta tak dapat diberi tapi sebaliknya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita sendiri. Bezanya, antara kita sedar atau tidak je.

Cuba pejam mata untuk seketika dan fikirkan perkara yang paling buat kita gembira dan tersenyum. Apa sahaja. Tempat, suasana, peristiwa, seseorang atau benda. Perasan tak, dalam diam kita akan tersenyum sendiri. Semua masalah akan dilupakan seketika. Walau hanya seketika, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat buat kita tersenyum. Bukankah itu bahagia?

Sedalam manapun kesedihan yang kita alami, kalau kita sendiri yang taknak keluar daripada kesedihan tu, kalau kita sendiri yang terus menjerat diri kita dalam kesakitan tu, kalau kita sendiri yang membiarkan hati kita terus-terusan menangis, kita takkan rasa apa itu bahagia. Nasihat boleh diminta. Cara boleh diberi. Diri kita sendirilah yang kena bangun sendiri dan ambil langkah pertama untuk keluar daripada keluhan itu. Tak susah sebenarnya. Pinta bimbingan kekuatan dariNya, semoga apa yang kita inginkan akan dipermudahkan.

Yang paling penting, mula-mula sekali kita kena pandang dan kenalpasti betul-betul, di mana sepatutnya kedudukan diri kita berada sekarang. Jangan tersalah pilih jalan. Jangan terlalu membuat harapan yang belum layak lagi untuk kita hajatkan. Yang berhampiran dengan kita sekarang banyak lagi yang kita belum kejar jadi tak perlu nak tuding jari pada sesuatu yang jelas masih jauh lagi untuk kita perolehi. Bukan senang nak jadi kuat tapi usaha mencari kekuatan itu perlu sentiasa ada.

Mar 20, 2013

Segmen : Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang



Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?



KENAPA KORANG PERLU JOIN?



SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN



1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik

2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik

3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.

4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.

5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.



TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

New Hopes

Assalamualaikum

Nampaknya aku memang kena berhijrah menjadi Nabila yang lama tapi lebih berfikiran lebih jauh dan matang. Menjadi Nabila yang pernah berjaya dulu. Result Sem 1 aku dah keluar dan biarlah rahsia. Yang pasti, aku sangat ambik iktibar daripada apa yang aku dapat hasil usaha aku masa tu. Bila aku fikir-fikirkan balik, memang patut pun keputusan aku sebegitu rupa sebab aku terlalu mengikut kawan. Kawan-kawan yang pentingkan diri dan tak pernah bagi sokongan dekat aku.

Sekarang, aku harap bila aku dah tinggalkan diorang, aku boleh fokus sepertimana aku fokus masa aku boleh berjaya dulu. Keyakinan tu datang sendiri dalam diri aku. Baiklah, keputusan tu sememangnya melambangkan siapa diri aku masa aku bersama mereka yang kononnya aku gelar kawan. Baru-baru ni aku dapat lihat perbezaan yang sangat ketara bila aku menjarakkan diri aku daripada diorang. Ya, sangat ketara. Aku rasa nak sangat patah balik ke masa lalu dan betulkan kesilapan aku. Tapi apa yang berlaku ni semuanya atas kehendak Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yakin.

Aku tak salahkan mereka. Aku salahkan diri aku sebab bertindak tanpa berfikir panjang dulu. Aku terlalu ikutkan perasaan. Banyak main-main. Tapi sekarang aku yakin aku mampu capai apa yang aku impikan. Keyakinan yang aku dapat rasa masa aku sedaya upaya bersaing dalam diam dengan kawan-kawan yang aku nak kalahkan dulu. Memang sebelum-sebelum ni ramai yang bagi banyak nasihat dekat aku. Aku cuma pandai kumpul nasihat tapi tak pernah praktikkan nasihat yang dicurahkan pada aku.

Ya Allah, aku tak tau nak terangkan macam mana dekat sini. Aku tak tau nak terangkan macam mana dekat orang-orang sekeliling aku supaya diorang faham situasi aku. Aku taknak kalau aku terangkan dengan lebih mendalam, akan ada yang kecewa dengan sikap aku. Takpelah. Mungkin suatu hari nanti diorang akan faham kenapa aku tinggalkan diorang. Bukan aku pentingkan diri. Tapi aku cuma mencari sinar kejayaan yang boleh membantu aku untuk memimpin diorang bersama-sama.


Mar 18, 2013

Lost and Missing

Assalamualaikum

Hari ni aku tak pegi sekolah. Tak guna. Aku memang bercadang nak pergi sekolah dah pun pagi tadi tapi disebabkan barang yang hilang tak jumpa dicari maka tidur aku pun ketersambungan. Semalam aku baru balik dari camping. Perkhemahan kali ni kitorang kena jaga pengakap kanak-kanak. Seriously, camping kali ni memang best and yang paling seronok pernah aku join sepanjang aku aktif dalam pengakap.

Okay, actually dua minggu lepas pun aku ada pergi camping jugak. Pun camping pengakap. Tapi entry tak siap taip lagi. Baru siap separuh sebab story panjang sangat so aku save dalam draft dulu. Ada masa nanti mungkin aku publishkan. Itupun sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk aku spent lebih masa menghabiskan story tersebut.

Aku rasa untuk camp kali ni pun nanti aku nak buat entry khas, cerita setiap peristiwa dengan lebih detail untuk tunjukkan betapa aku rasa seronok sepanjang camp tersebut. Dan pastinya aku memerlukan masa yang lapang dan senggang untuk aku menghabiskan sepenuh perhatian aku dalam entry itu. K ayat sakai.

Sambung pasal hari ni. Aku terjaga pukul 12 lebih. Alamak batery dah kong rupanya patut dah tak berbunyi. Charge phone and mandii ~ Lepas mandi aku check phone ada 5 ke 6 mesej macam tu la dengan missed call dari nombor tak dikenali. Salah satu mesej tu dari Koe, dia tanya aku pergi sekolah ke tak. Aku cakap tak sebab mencari barang hilang. Hahaha. Pastu ada mesej dari Alem, dia tanya sesuatu yang aku dah jangka. Okay ni lain cerita. Ketepikan dulu.

Masa duduk dekat depan tv, sambil usap-usap Dak Deq, aku tercari-cari jugak mana Si Simba ni pergi. Lepas tu, masa Ummi dah get ready nak gerak pergi sekolah dia, Ummi cakap "Kesian Dak Deq. Tinggal sensorang je. Abang dia dah takda" Masa tu aku macam kena kejutan elektrik. Serius terkejut gila. "HAH! MANA SIMBA, UMMI!" Dalam kepala aku duk pikir, takkan la yang ni adik aku duk cakap berita buruk semalam tu. "Simba dah mati." Aku rasa macam.. ZUP! Pastu, Ummi cerita macam mana dia mati dari awal sampai bangkai dia dijumpai. Sedih sangat :'<

Yang kes barang hilang tu, mula-mula aku taknak bagitau Koe sebab aku taknak susahkan dia. Tapi dia terus call aku lah pulak . Aku pun story la dengan lebih details. Rupanya masa dia call aku tu, dia dah ada dekat Nyalas dengan Rosli. Lepas tu diorang tolong cari dekat jalan yang aku lalu sepanjang balik semalam. Aku yang dekat rumah ni try tanya Wawa dengan Alem kot-kot tercicir dekat rumah diorang ke. Dekat rumah Wawa, kakak dia cakap takde. Dekat rumah mak lang Alem, dia cakap takde jugak.

Then Koe cakap dia try contact cikgu Helmy and nak cari dekat jalan baru Tehel tu pulak. Masa ni aku dah agak yang diorang akan singgah rumah aku. Dalam pukul 5.30 memang betul diorang datang. Bincang punya bicang, last-last aku ambik keputusan pergi buat report atas nasihat Koe. Pastu aku, Koe dengan Rosli gerak pergi Balai Polis dekat Bemban buat report.

Dekat balai, abang polis tu cakap sekarang ni dah tak payah report lagi. Pergi je terus dekat JPN atau JPJ buat baru. Kena bayar ke tak tu lain cerita lah. Lepas dia mintak nama, ic and alamat aku, Koe dengan Rosli pun hantar aku balik. Masa nak masuk simpang dekat Batu 11 tu, aku perasan van depan aku ni familiar je. Aku perah minyak sikit nak tengok sape yang drive. Sekali betul.

Masa ni Koe dah speed terus pergi rumah aku. Aku dengan Rosli je dekat belakang. Aku cakap dengan Rosli, "Yang bawak van dekat depan kita ni ayah aku". Pastu Rosli dah gelak-gelak. Dalam hati aku duk pikir nak habaq lagu mana dekat ayah aku ni nanti. Pastu sampai-sampai je rumah, ayah aku dengan muka serius dia, terus tanya aku "Pergi mana?!" Nak taknak, aku pun terus terang je lah pasal barang yang hilang tu.

Lepas tu aku panggil Koe suruh terangkan lebih lanjut. Malu weh ayah aku marah aku depan diorang. Rasa nak lari masuk rumah time tu jugak tapi nanti nampak macam kurang ajar pulak. Then lepas ayah aku ucap terima kasih dekat diorang, aku masukkan motor dalam kedai and terus masuk ke dalam rumah. Koe dengan Rosli dah gerak balik. Lepas tu, mak aku pulak sampai rumah. Dalam bilik, ayah aku sambung marah aku. Mak aku yang baru balik dengar bising-bising dalam bilik tu pun terus marah aku bila dapat tau.

Sekarang ni aku tak tau nak buat apa untuk keesokan harinya. Sama ada nak pergi sekolah dengan bas atau suruh orang tu hantar. Kalau naik bas, aku ada masalah sikit. Susah nak cerita. Aku cuma bagi alasan dah lama tak tak naik je dekat orang tu. Kalau nak suruh dia hantar, nanti macam menyusahkan pulak. Argh! Aku tak tau. tengok la dulu macam mane. Okay la, dah malam ni. Nak tidur. Malam selamat dan assalamualaikum.

Mar 14, 2013

Dia Buat Lagi

Assalamualaikum

Dekat sekolah tadi aku rasa stress gila. Nak tau kenapa? Punca dia disebabkan beberapa orang yang dulu aku pernah panggil kawan tu la. Serius sakit hati gila ah. Aku stress sampai susah nak fokus time jawab exam MUET tadi. Satu jam je aku jawab. Lagi satu jam aku duk stabilkan otak aku yang tengah kacau. Rasa nak menjerit je kuat-kuat dari tingkat atas time tu. Tapi aku cuma mampu jerit dalam inbox Afzan. Tapi aku tau Afzan takkan reply sebab dia penat, kerja.

Cemni, pagi tadi sebelum exam, aku duduk cam biasa dalam kelas kan. Menghafal sejarah walaupun paper first ialah MUET. Aku yang nak fokus lebih pada sejarah. Paper MUET start pukul 9 pagi. Pastu dalam pukul 8.10 camtu, tetiba ada 2 orang budak perdana datang kelas aku. Mula-mula aku tak perasan. Pastu bila dengar suara Qila sebut "fotostat?", baru aku perasan. Minggu ni memang minggu aku duty jaga fotostat. Aku baru nak bangun, tiba-tiba Qila jerit dari luar panggil Farra suruh fotostat. Dalam hati, aku pun 'oo okay kau nak suruh dia pergi pun boleh. kau yang panggil dia kan'

EH! Dan dan budak tu terus merungut?! Macam biasa la. Waktu dia duty ke dia tak duty ke, merungut dia tu mesti ada. Aku yang dengar ni geram je lah. Rasa nak tampar je muka dia, pastu jerit "Weh! Kau yang volunteer dulu nak jadi AJK fotostat, pastu kau nak merungut pulak waktu kena duty?!" Hah yang tu aku cuma mampu luahkan dalam hati je lah. Kalau cakap terus terang dekat orang yang tak sedar diri macam dia tu, nak buat ape kan. Buat rugi air liur je.

Lepas tu aku tajamkan telinga, aku dengar diorang bisik-bisik dekat belakang. Eh, aku terdengar nama aku la. Pastu aku dengar ada sorang tu cakap 'minggu duty'. Haha. Korang ni kelakar la. Dari dulu tak habis-habis nak backup budak pemalas tu. Apa entah korang dapat. Yang ni payah aku nak terangkan cemane. Takpelah, biar aku je yang paham. Then, Qila pun bersuara "Nabila! ... " dia tak habis cakap lagi, aku terus banngun, bawak kertas sejarah yang aku tengah pegang, terus keluar kelas pergi dekat budak perdana 2 orang tadi, ambik kertas yang diorang nak fotostat kat tangan diorang tu and terus masuk bilik media PPU.

Aku masuk, terus aku bukak pintu belakang bilik media. Saje je aku bukak bagi kelapangan tu terasa sikit. Masa ni memang tahap kebengangan aku tengah tinggi. Bukan apa. Diorang dah tau aku duty minggu ni, lagi dia nak panggil Farra kenapa? Lepas tu cara nak pas tugas dekat aku dah macam menyindir. Arghhh! Kalau dulu, waktu tak duty pun, kalau ada budak nak fotostat kenapa dia boleh je buat? Kenapa sekarang dia makin mengada-ngada? Okay tu lain cerita. Antara dulu dengan sekarang. Lain okay.

Budak perdana 2 orang tu pun dah macam takut-takut bila aku tanya berapa copy. Masa aku tengah tekan-tekan setting dekat screen mesin fotostat tu, tiba-tiba Ami datang. Dia cakap apa entah sebab aku pekakkan telinga aku gila-gila. Tak silap aku dia cakap "Nabila, fotostat muka aku!" Aku salah dengar ke apa, aku tak tau la. Nampak tak betapa aku taknak dengar apa-apa time tu? Kalau boleh bunyi mesin fotostat tu pun aku taknak dengar.

Aku buat kerja pun tak ikhlas je rasa sebab aku terhempas penutup screen mesin tu. Dalam masa yang sama, Qiu Ling dengan Joey datang. Rupanya diorang perasan aku bengang dengan budak-budak tu. Qiu Ling tepuk-tepuk belakang aku suruh sabar. Diorang nak tolong, tapi aku cakap takpe. Diorang ni pun PPS jugak. Masa ni aku terharu sekejap. Dah cool down sikit, baru aku boleh pandang dak Ami yang tengah bersandar dekat pintu sebelah aku sambil cakap-cakap dengan budak perdana 2 orang tu.

Aku syak salah seorang budak perdana tu adik angkat Ami sebab diorang bantai gelak-gelak dekat pintu tu. Aku, sambil mengcopy kertas sambil meluahkan isi hati dekat Qiu Ling dengan Joey. Lepas tu, diorang biar aku habis mengcopy. Aku tak perasan sangat Qiu Ling dengan Joey buat apa lepas tu sebab aku fikir nak habis fotostat cepat je masa tu.

Then dah bagi kertas copy dan budak perdana 2 orang tu dah bayar duit fotostat, aku terus duduk je terus dekat kerusi dalam bilik media tu. Niat nak study hafal sejarah dekat situ je. Alang-alang bilik ni tengah sunyi dan menenangkan. Sekurang-kurangnya takde orang yang menyakitkan hati. Qiu Ling dengan Joey dah balik kelas. Aku ingat Ami pun dah balik kelas dia jugak, tapi tiba-tiba dia datang dekat aku tanya apesal aku marah-marah. Aku perli dia "Awek kau tu la!" Aku tengok Ami macam berfikir sejenak lepas tu dia  cakap "Ouhh.." Dia faham maksud aku la tu.

Pastu Ami ambik tempat, dia duduk dekat kerusi sebelah aku.
"Asal? Dia buat apa?" Masa ni mood serius dalam diri.
"Bengang la. Kalau dah kerja dia tu buat je lah. Ini..." Ami potong aku cakap.
"Dia merungut?"
"Ha'ah"
"Kau duty ke, dia?"
"Takde, memang aku duty. Tapi tadi masa budak yang nak fotostat tu datang kelas aku, diorang panggil Farra. Pastu, perempuan tu nak marah-marah pulak. Konon nak study la bagai"
"Habis tu macam orang lain macam tak study pulak"
"Tulah. Sakit hati weh"
"Aku pun dari dulu mana suka perangai dia tu. Dia yang tergedik-gedik dengan aku"
"Tapi kau layan pulak dia"
"Dia yang menggedik dengan aku! Aku dah lama menyampah dengan dia tu!"
"Aku dengan dia mula tak rapat sejak fasa 1 haritu"
Tiba-tiba Qiu Ling datang.
"Nabila, MUET dah nak start"
"Eh! Sekarang?"
"Ya, ada perubahan jadual tiba-tiba"
"Laa yeke.."


Aduhh tergantung cerita aku. Pastu aku dengan Ami pun gerak balik ke kelas. Tak habis lagi cerita, dah kena potong -_- Dah la banyak benda aku nak tanya dia sebenarnya. Takpelah. Next time maybe. Pastu 8.20 cikgu dah suruh simpan nota and get ready dekat meja masing-masing. Then jawablah soalan.

Dah. Aku nak cerita yang aku bengang pagi tadi tu je la. Diorang buat lagi. Sekarang baru bulan 3. Ada lagi 9 bulan aku terpaksa bertahan duduk satu kelas dekat orang yang tak kenang budi macam diorang tu. Sabar je lah kan.


Mar 11, 2013

Minggu Exam se-Malaysia

Assalamualaikum

Minggu ni minggu exam. Ya memang minggu ni adalah Minggu Exam se-Malaysia. Rata-rata aku baca dekat facebook, twitter and yang seangkatan dengannya semua duk cakap depa ada exam. Pastu mulalah ada yang kata nak deactive la, off selama beberapa hari la, bagi phone dekat mak la. Hahaha. Okay teringat zaman SPM.

La ni, aku tengah trial. Bukan trial yang kementeriaan buat tu. Tapi cikgu cakap, memandangkan kitorang ni sistem penggal, so anggap je lah exam ni sebagai peperiksaan percubaan memandangkan bulan Mei ni nak exam penting kan. Okay, exam exam jugak. Tapi demam exam tu aku macam tak rasa je. Haizz lepas tu bila ada beberapa orang yang nasihat, aku rasa macam... zzz -_-

Okay la. Doakan aku. Selamat maju jaya dan all the best :D

Mar 7, 2013

Back To Nature Bersama KRISTAL

Assalamualaikum

Hoyehhh. Aku rasa aku orang terakhir dalam Kristalovers yang update pasal BTN ni. Hahahaha. Dari sehari ke sehari aku nak update tapi tak sempat jek manjang. Kalau nak cakap busy manjang tu nampak beno la nipunye kan. K fine. Setelah berpuas hati mendapat DVD BTN yang kedua yakni yang tak rosak, maka semangat BTN kembali menular dalam diri ini dengan gemilangnya.

Okay, sebenarnya acani. Haritu kan kan kan, aku pergi kemping dengan Afzan. Kemping tu nama dia Back To Nature bersama Kristal. Haa. Program tu selama dua hari satu malam iaitu pada 17 dan 18 November 2012 bertempat di Kem Isi Rimba Kampung Kemensah (belakang zoo negara). Tapi aku dengan Afzan tinggalkan rumah sehari sebelum BTN sebab kitorang stay rumah Kak Aimi dulu.

Eh kejap. Aku malas nak story and type kisah yang kitorang lalui daripada pergi sampai la balik ke rumah. So kalau nak tau apa yang aku buat dan tempuhi kat sana, boleh jengah blog Kristalovers ni semua eh. Diorang semua saaangaaatt rajin meluangkan masa untuk menceritakan apa yang berlaku. Sumpah aku cakap, entry masing-masing panjang gilaa. Nampak tak keterujaan yang nak ditunjukkan tu? Hahahaha! Jeng! Jeng! Jeng! Memperkenalkaann ahli Kristalovers yang sporting dan comel-comel belaka:


Dah baca kelima-lima entry tu? Dah faham? Amacam best tak camping yang kitorang join tu? Of kos ah best. Kalau tak best, takdenye semua orang excited type entry panjang-panjang tu semua kan? Hahaha. Harap kitorang dapat berkumpul and join aktiviti yang macam ni lagi. Sumpah best. Nak nak bila KLs bersama. Baru satu hari kenal tapi dah macam adik-beradik sampai orang ingat kitorang dah lama kenal.



Mar 5, 2013

Panduan Penggunaan Mesin Fotostat



1. Mula-mula sekali mestilah kena on mesin fotostat tu. Kalau tak on, macam mane dia nak berfungsi kan? Switch on button yang warna merah tu. Lepas tu tunggu sat screen dia loading sampai ada bunyi titt! tiitt! tiitt!

Kalau dah tekan button tu tapi mesin fotostat tak menyala atau tak on lagi, ada tiga sebab. Satu, sebab plug utama tak on. Dua, sebab mesin fotostat rosak. Dan yang ketiga button yang dalam gambar kat bawah ni tak on.


2. Letakkan kertas yang nak dicopy kat bawah penutup mesin tu. Cara letak, ikut dia punya ukuran. Selalunya setiap mesin fotostat ada tuliskan ukuran yang bersesuaian dekat bahagian tepi tu. Rapatkan kertas ke penjuru yang betul dan tutup penutup dia.


3. Pilih track yang ada simpanan kertas.


Kalau nak pilih auto pun boleh, tapi selalunya setiap track setting paper yang dicopy tak sama. So better pilih terus nombor track yang sesuai dengan setting yang nak dicopy. Setting tu akan dipaparkan dekat screen, paper jenis apa yang dipilih (A3, A4, A5).


4. Pilih bilangan yang nak dicopy dan tekan button warna hijau. Kalau tersalah copy, cepat-cepat tekan button warna merah yang kecil tu. Button merah kecil tu fungsi dia untuk cancel sama ada cancel number copied ataupun cancel copying.


5. Tunggu sehingga kertas habis dicopy. Bila dah selesai, jangan lupa switch off mesin fotostat tu. Kalau tak, membazir je bil elektrik nanti.

Panduan yang dinyatakan di atas adalah untuk copy kertas yang biasa-biasa je. Maksudnya penggunaan yang biasa lah. Kalau nak fotostat salinan kad pengenalan, kecilkan saiz tulisan, buat dua bahagian salinan atau sebagainya, setting dia lain. Kena pandai guna setting yang dekat screen tu.

Okay, benda ni simple je. Kita mula dengan cara fotostat kad pengenalan dulu. Letak IC dekat scanner lepas tu terus copy. Then ambik kertas yang keluar tu dan masukkan balik dalam track. Pusing bahagian belakang IC pulak dan copy lagi.

Kalau nak buat dua bahagian salinan (selalunya kalau nak jimat kertas memang guna cara ni dan cikgu-cikgu memang suka buat salinan macam ni waktu nak edarkan latihan-latihan pada para pelajar), kena guna setting yang ditunjukkan pada gambar kat bawah ni. Pilih yang dua side punya, then terus tekan button hijau. Dia akan scan dulu satu copy, lepas tu tukar kertas lain yang nak dicopy/dikecilkan sekali dan tekan button hijau lagi sekali.



Sampai di sini je tutorial penggunaan mesin fotostat. Jangan tanya kenapa tiba-tiba aku buat tutorial pasal fotostat. Aku tau ada yang pelik nanti. Diam k. Diam.
Feb 21, 2013

Kawan yang Kesepian