May 20, 2013

He Upset of Me

Assalamualaikum.

Macam yang aku jangka. Dia kecewa dengan sikap aku. Ya aku tau memang salah aku dah buat dia terlalu kecewa. Teruknya aku ni. Kalau aku tak berlatih lama sangat malam tu, mesti aku takkan letih and penat. Mesti aku takkan tidur awal and aku rasa aku sempat untuk jadi orang pertama yang wish dia. Aku dah atur semuanya dengan baik. Tapi akhirnya apa yang aku rancangkan dah gagal. And pagi tu aku bangun dalam keadaan "Arghh! Apesal aku tidur awal semalam?!!"

Lepas tu aku tukar plan lain. Aku memang dah nekad. Walauapa pun yang jadi, aku tetap nak jadi adik dia yang terbaik even pada benda-benda yang kecil. Even dia anggap aku ni adik dia yang paling menyusahkan, aku tetap nak tunjukkan sesuatu yang buat hati dia tersentuh lebih-lebih lagi pada hari istimewa dia tu. Tapi Allah Maha Kuasa. Semua yang aku rancangkan gagal dan tak dapat dijalankan. Aku tak tau apa hikmah disebalik semua ni. Kadang-kadang aku hampir putus asa bila Aiman cakap dia dah merajuk dengan aku. Tapi bila aku ingat balik semua kata-kata semangat dia untuk aku dulu, dengan tak semema-mena aku jadi kuat.

Tapi sedar tak sedar dah sebulan hari istimewa dia tu berlalu dan aku masih lagi belum wish and masih lagi belum dapat tunjukkan pada dia yang aku tak pernah lupakan dia and masih lagi belum bagitau dia yang aku tetap hargai dia sebagai abang yang paling aku sayang. Dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang waktu-waktu terdekat ni, lagilah dugaan aku bertambah. Jauh di sudut hati aku, aku sendiri memang kecewa dengan diri aku.

Aku tau dia memang tertunggu-tunggu ucapan dari aku. Even kawan-kawan dia ramai yang dah wish tapi sebagai seorang abang memang patut pun dia tunggu ucapan dari adik dia. Kalau aku ada kat tempat dia, aku pun kecik hati jugak. Zzz -_- sumpah aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau aku terangkan situasi yang aku tengah hadapi sekarang lagi rumit dari yang orang nampak, aku rasa semua tu takkan dapat pujuk hati dia dari terus kecewa dengan sikap aku.

Aku tau aku perlu minta maaf. Aku tau aku perlu pujuk hati dia balik. Tapi yang pasti bukan sekarang. Memang bukan sekarang. Mungkin masa tu nanti dia masih taknak maafkan aku tapi yang penting aku akan tetap jalankan apa yang aku dah rancang sejak hari tu. Never mind if all the offense is put on my shoulders only as long as he does not bear the same things as me. 

May 18, 2013

Antara Dua Pilihan

Assalamualaikum

Dalam aku gembira dengan hari-hari yang aku lalui, ada sekelumit rasa sedih yang memenuhi segenap penjuru hati aku ni. Sungguh aku tak sangka orang macam dia mampu buat aku berfikir panjang dalam keadaan yang penuh dengan rasa pengharapan.

Sebab ni lah aku memilih untuk menjadi seorang yang kejam. Aku tak salahkan semua orang. Tapi aku salahkan diri aku sebab terlalu percaya dengan mereka.

Seorang hamba Allah. Yang aku baru sahaja kenali. Mungkin kerana sikap concerned dia sepanjang bersama aku, buat aku rasa agak dilindungi.

Bila aku tanya perempuan tu, dia tak nafikan pun malah dia gembira bila aku tanya.

Sedih la jugak sebab dia tipu aku kan. Now aku ada dua pilihan. Sama ada nak berdiam diri atau nak bagitau yang aku dah tau apa yang dia sembunyikan dari aku haritu.

May 10, 2013

Air Mata


Air mata. Turunnya ia kerana reaksi sebuah hati. Rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh. Aku sendiri tak tau nak terjemahkan hakikat naluri yang bergelodak ini. Di mana puncanya? Mengapa ia terjadi? Sejak bila ia mula menguasai emosi ini? Aku buntu. Tekanan sekeliling. Tekanan dalaman. Tekanan masa silam. Tekanan ilusi. Semua bersatu dalam hati. Lalu akhirnya ia turun mewakili keperitan sang hati. Ia turun menggambarkan gelodaknya emosi.

Masa silam yang mengajar aku untuk menjadi seorang pemendam. Masa silam juga yang mengajar aku untuk menjadi seorang pendendam. Apa yang aku pendamkan? Segalanya. Tentang hati dan emosi. Lalu, aku dendam pada siapa? Kadang-kadang aku terasa diri aku yang mendendami sendiri. Apa yang ingin aku buktikan pada kehidupan ini? Apa yang aku inginkan sebelum aku tamatkan buku hikayat yang Ilahi takdirkan ini? Fikir dan terus berfikir. Dan dalam berfikir, aku tak pinta ia turun tapi hati ini tidak mampu menahannya. Lalu aku membiarkan.


Pada suatu-suatu masa pula, rasa simpati membatasi keegoan dalam diri. Aku korbankan segalanya dengan rela. Aku biarkan hati aku meratap dalam sepi hanya kerana ingin melihat senyuman terukir dibibir insan-insan yang aku simpati. Betulkah tindakan aku? Sejauh manakah keikhlasan aku? Kadang-kadang aku rasa satu perasaan yang tidak menyenangkan menyelubungi diri aku. Aku taknak perasaan itu tapi seringkali aku gagal mengawalnya daripada terus menguasai aku. Akhirnya, aku kecundang dalam pasrah kerana dihimpit lagi, dan sekali lagi ia turun. 

Air mata ini takkan pernah berhenti. Naluri aku berkata, tangisan itu dalam diam mengajar erti kekuatan yang kita cari. Jadi aku akur bila ia pinta untuk turun walau kadang aku tahan untuk melawan sebuah perasaan. Aku cuba melukis emosi ini dalam satu gambaran kasar. Aku cuba terjemahkan kata-kata sang hati di bait-bait watak yang melintasi. Sedang aku sendiri gagal menjadi kotak pengisian untuk hati ini bercerita, mana mungkin ada insan lain yang mampu menembusinya. Pernah aku paksa, tapi akhirnya aku tewas lagi pada air mata. Hakikatnya, hanya air mata yang mampu bercerita.