Oct 29, 2015

Friends


Being with you are so much fun. With the other person, it's just so painful.

If only I'd fallen for someone like you instead of him...

I love being with you, and we have lots of fun together... but I'm not in love with you. You're a dear friend, with a beautiful heart. Your heart. That's why I won't take it. That way, you'll never change.
Oct 18, 2015

Kenangan Silam Aku dan Dirimu

Kadang-kadang bila kenangan tu bermain-main dalam kepala, ada satu perasaan bernama rindu ni mula nak mengusik hati. Tapi sebenarnya takdelah rindu sangat pun atau mengharap dia kembali. Cuma sekadar rasa rindu pada kenangan yang dah berlalu dan merasai sebuah perasaan berterima kasih kerana pernah disayangi suatu ketika dulu.

Pejam celik, dah dua tahun lebih aku tinggalkan dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku untuk satu jangka waktu yang mungkin tak panjang, tapi cukup memberi kesan pada kehidupan aku dan dia sekarang.

Alhamdulillah, pertemuan kali ini tiada lagi muncul dengan perasaan benci dan sakit hati. Juga tiada lagi muncul bersama perasaan ingin disayangi kembali. Mungkin keadaan sebegini yang menjadi takdir untuk kita berdua sampai bila-bila.

Aku yakin dia sekarang sedang bahagia dengan seseorang yang mungkin akan menjadi jodoh dia. Kalau itu benar, aku tumpang bahagia sebab sinar kegembiraan sekurang-kurangnya masih terpancar di wajah dia.

Mungkin dia sudah lupa bagaimana dia pernah menyayangi aku suatu ketika dulu. Atau mungkin dia terlalu sakit untuk mengimbas kembali tentang memori itu. Dia pun, dah berjaya melangkah ke hadapan dengan kehidupan baru dia. Dia berjaya tinggalkan kesakitan yang disebabkan oleh aku jauh ke belakang.

Apa yang aku dan dia pernah alami dulu, biarlah menjadi memori silam. Kenangan aku dan dia yang bertemu pada kali pertama di Kem Pengakap kini terus abadi untuk sama-sama berjuang dalam nama yang sama.

Pada kawan-kawan yang pernah melihat kebahagian aku dan dia, aku harap kamu semua dapat terima takdir kami sekarang. Kini walaupun kami akan sentiasa bertemu dalam perjuangan Pengakap, namun perjuangan kali ini tidak lagi atas nama kau dan aku tapi aku ingin berjuang atas nama sebuah persahabatan kau dan kawan-kawan kita semua.

Oct 14, 2015

Dendam

Mendengar nama itu disebut, tidak semena jantungku direntap laju. Nama yang tidak asing lagi tapi cukup memberi kesan dalam ingatan aku. Tidak disangka sebuah nama sahaja mampu membuatkan jantung kecil ini bagaikan berhenti berdenyut. Emosi dan dendam tiba-tiba membara kembali setelah sekian waktu tenggelam tanpa ingin diingati.

Tak pernah terlintas dalam hati aku, untuk mendendami seseorang sebegini rupa tapi setelah apa yang berlaku, aku tak mampu menongkah gejolak hati yang sentiasa terpalit luka ini.

Aku berharap setinggi langit agar memori pahit ini segera diusir sejauh angkasa raya dari kotak ingatanku. Aku tak ingin kepahitan ini terus-terusan menjajah hati. Namun rasanya mustahil sekali dapat aku tolak rasa sakit hati yang mengunjung tiba saban waktu. Terkadang aku berfikir untuk melunaskan segala dendam supaya tiada lagi amarah yang tidak menyenangkan ini menguasai benak fikiranku.

Juga, aku berharap dia akan menjadi insan terakhir yang menjadi dendaman aku. Aku tidak ingin lagi mengecapi penderitaan ini. Aku patut melupakan segalanya yang terjadi. Ya, aku harus membina hidup baru. Aku tahu perkara seperti ini sangat mengambil masa untuk pulih.

Aku harus tabah, harus kuat, harus yakin dengan takdir aku. Mungkin dendam ini memang tidak akan berakhir, mungkin sampai selamanya. Kebencian aku meluap-meluap acap kali terimbas peristiwa itu. Dan gadis lemah seperti aku tidak kuat untuk menentang apa yang telahpun terjadi. Aku benci.