Kadang-kadang bila kenangan tu bermain-main dalam kepala, ada satu perasaan bernama rindu ni mula nak mengusik hati. Tapi sebenarnya takdelah rindu sangat pun atau mengharap dia kembali. Cuma sekadar rasa rindu pada kenangan yang dah berlalu dan merasai sebuah perasaan berterima kasih kerana pernah disayangi suatu ketika dulu.
Pejam celik, dah dua tahun lebih aku tinggalkan dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku untuk satu jangka waktu yang mungkin tak panjang, tapi cukup memberi kesan pada kehidupan aku dan dia sekarang.
Alhamdulillah, pertemuan kali ini tiada lagi muncul dengan perasaan benci dan sakit hati. Juga tiada lagi muncul bersama perasaan ingin disayangi kembali. Mungkin keadaan sebegini yang menjadi takdir untuk kita berdua sampai bila-bila.
Aku yakin dia sekarang sedang bahagia dengan seseorang yang mungkin akan menjadi jodoh dia. Kalau itu benar, aku tumpang bahagia sebab sinar kegembiraan sekurang-kurangnya masih terpancar di wajah dia.
Mungkin dia sudah lupa bagaimana dia pernah menyayangi aku suatu ketika dulu. Atau mungkin dia terlalu sakit untuk mengimbas kembali tentang memori itu. Dia pun, dah berjaya melangkah ke hadapan dengan kehidupan baru dia. Dia berjaya tinggalkan kesakitan yang disebabkan oleh aku jauh ke belakang.
Apa yang aku dan dia pernah alami dulu, biarlah menjadi memori silam. Kenangan aku dan dia yang bertemu pada kali pertama di Kem Pengakap kini terus abadi untuk sama-sama berjuang dalam nama yang sama.
Pada kawan-kawan yang pernah melihat kebahagian aku dan dia, aku harap kamu semua dapat terima takdir kami sekarang. Kini walaupun kami akan sentiasa bertemu dalam perjuangan Pengakap, namun perjuangan kali ini tidak lagi atas nama kau dan aku tapi aku ingin berjuang atas nama sebuah persahabatan kau dan kawan-kawan kita semua.
0 comment (s):
Post a Comment
Comment (s)