Permulaan 2020 sebagai seorang perantau. Yep, tahun ni aku decide untuk merantau. Kerja jauh dari family supaya aku dapat belajar erti menghargai perpisahan yang selama ni aku tak pernah anggap sebagai sesuatu yang penting. Tahun 2019 aku tamatkan dengan meninggalkan semuanya di situ. Percintaan aku, pengorbanan aku, kerjaya aku, keluarga aku. Semuanya aku nekad jadikan sebagai kisah silam.
Sebenarnya aku ada rahsia sendiri yang aku pendam, belum sedia aku nak bercerita. Suatu hari nanti kalau ada kelapangan dan diizinkan baru aku share.
Di tempat baru, yang asing. Seorang diri. Tak kenal sesiapa. Sangat mencabar. Semuanya baru di sekeliling aku. Masih ingat lagi hari pertama aku jejakkan kaki di JB. Berpandukan waze, aku menuju ke tempat yang dijanjikan. Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam dengan menunggang motor di bawah panas terik matahari. Penuh debaran dan perasaan yang teruja sebab ini satu pengalaman yang baru dalam hidup aku. Aku tanamkan niat di dalam hati supaya aku tidak terpesong, perginya aku ke sini untuk mencari rezeki dan untuk lebih mengenal erti hidup. Aku sematkan azam dan menanam cita-cita baru.
Cinta? Tidak pernah terlintas aku nak cari atau terima lagi. Aku lebih pentingkan kerjaya sekarang. Diri aku takkan leka lagi dengan cinta. Mungkin kerana satu nama yang pernah ada dalam hati aku ni, aku tak berniat nak buang lagi. Cuma aku simpan dan tak berhasrat nak luahkan dalam bentuk harapan apa-apa lagi.
Keberadaan aku di JB adalah rahsia bagi kebanyakan orang. Cuma kawan-kawan rapat aku je yang tau. Keluarga aku pun, lepas beberapa bulan aku di sini barulah aku maklumkan pada diorang. Syukur mereka tak membantah keputusan aku. Aku jadi makin bersemangat untuk kerja sungguh-sungguh demi bahagiakan keluarga aku di kampung.
Alhamdulillah, rezeki dapat bos yang baik. Banyak benda aku belajar dan lebih hargai kehidupan sejak ada kat sini. Berharap masa akan datang akan memberikan kebahagiaan yang aku harapakan.

0 comment (s):
Post a Comment
Comment (s)