Jan 28, 2013

Kak Adin Kebosanan

Assalamualaikum

Tengah duk fokus buat kerja, tiba-tiba browser Rockmelt aku menjerit menandakan seseorang menghantar IM kepada aku. Dah la aku buat loudspeaker, terkejut aku dengar bunyi *PING*! rupanya Kak Adin. sekali dia menjerit dekat chat tu panggil nama aku -_-'' dalam kepala aku,  'ni mesti tak lain tak bukan, beliau sedang kebosanan di pagi yang mulia ini ye dak kak?'

Aku suruh dia tidur, dia taknak. Tapi dia cakap dah mengantuk. Haihh Kak Adin ni. Akak nak apeee?? Jawabnya-bbbbbbbbooooooorrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnggggggggggggggggllllllllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaa hehehehehhe

Kesian doh pulop kat dia ni. Layan la kejap. Tapi sumpah memang kejap gila aku layan Kak Adin. Sebab kerja aku ni memang banyak gila tengah siapkan. Haha. Kak Adin cakap "chayokkk!!!!" "gambateh" ya. ya. maaf ya kak. engga bisa layan kamu terus.

Macam mana aku boleh update blog masa aku tengah siapkan kerja ni? heh, pandai-pandai lah hang pikiaq. amboi-amboi. siap edit template and customize lagi haa -.-'' HAHAHA

Aku nampak Yap on. Aku suruh Kak Adin kacau dia pulak. Tapi Kak Adin cakap "Yap busy selalu" hoyehh, aku suruh kacau je. Lepas tu, aku yang kena balik "err...akak tak sekejam anda :v " harharhar. Kadang-kadang hidup ni memang kena kejam ye dak? Aku try tegur Yap. And dia tak reply, means dia memang busy selalu -.-''

Okeh, stop. Have to finish my work. Got to go! Tata and gudnite pada yang sedang tidur dalam skype ni.



Prinsip Itu

Assalamualaikum

Aku sayangkan perhubungan ini. Aku tak harap kau pergi sebab kadang-kadang aku perlukan kau kalau aku sunyi. Aku bukan pentingkan diri tapi aku tau kau pun tak harap aku pergi kan? We need each other but still we can't be together. Why? Sebab aku berpegang pada prinsip aku. Prinsip yang aku tanam setiap kali aku nak berjaya dalam satu-satu misi tu. Kalau aku explain lebih lanjut pun, siapalah yang faham. Aku sendiri pun tak tau macam mana nak terangkan lagi.

Woih woih apa aku melalut pagi-pagi buta ni. Haihh. Entah. Aku cuma taip apa yang aku nak taip. Masa aku update ni, aku tengah skype dengan kau. Tau tak, sebenarnya aku rasa bersalah dengan diri aku dan semua orang termasuk kau. Aku rasa aku terlalu pentingkan diri sampai jadikan semua orang sebagai korban untuk mencapai misi aku. Kadang-kadang aku sendiri pun rasa agak terseksa dengan prinsip tu. Tapi, sebab satu kata-kata yang aku sentiasa ingat tu lah yang buat aku masih berdegil nak terus berpegang pada prinsip tu.

Lately, orang yang memberi kata-kata tu kepada aku dah mula rajin contact aku. Even aku cuba mengelak dan bagi macam-macam alasan, dia still cuba nak contact aku. But, aku just layan dia macam dulu - as friend and not more than that. Kenapa? Sebab aku taknak jadi macam dulu. Sebab diri aku yang dulu tu hanya buat aku menjadi seorang yang lemah. Jadi aku perlulah mencari alternatif lain untuk aku menjadi lebih kuat, seperti yang aku berjanji pada abang aku dulu.

Abang, nampaknya berjanji itu memang mudahkan? Kenapa manusia susah sangat nak laksanakan janji mereka? Adakah kerana janji yang dilafazkan itu tidak mengikut keikhlasan hati? Tapi sekurang-kurangnya saya masih cuba nak laksanakan janji saya pada abang tu kan? Saya tak pernah lupa janji saya tu. Tak macam sesetengah orang. Mereka buat janji ni macam satu permainan.

Kepenatan ni masih belum berakhir. Dengan kata lain, takkan pernah berakhir sehinggalah waktunya tiba. Kerana kejayaan yang besar itu, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Jan 16, 2013

Telah Kesampaian


Assalamualaikum

Cepatnya masa berlalu. Tau-tau je dah masuk pertengahan bulan Januari. Mungkin sebab dekat sekolah seronok sangat study sampai tak sedar masa yang berlalu kot :D hehe. Ya, betul tu. I left everything unimportant behind to achieve my dream. I can feel the spirit of success and I hope my dream will come true. Ameen :)

Semalam kan kan kan, akhirnya dapat jugak bagi Kak Adin header tu. ingat nak bagi dekat skype je. tapi tunggu punya tunggu, berhari-hari dia tak on. then rasa macam dah lama sangat, PM terus je lah dekat facebook. yaa, header yang aku design tu bukan suka-suka. aku memang niat nak bagi something untuk Kak Adin comel tu. hee nampaknya Kak Adin suka dengan header tu :D *gembira* dia siap update entry terus pulak tu. ah, lepas tu dia ajar buat icon comel dekat side tu. tapi Kak Adin punye lagi comel, dia buat icon gadis comel 3 orang. jeles tawuk. huhu.

Alamak dah pukul berapa aku update entry ni. Dah malam dah ni. Esok ada PBS. Bahan baru dapat sikit. aiyerr >< okaylah okaylah. ish time-time ni la banyak sangat idea aku nak story. sabar nabila, sabar. esok masih ada :'D okay fine. stop sini je. nak study. kena lulus PBS esok. kalau gagal, STPM dikira gagal jugak tau. zz -.- sistem sekarang dah pelik dan agak menyusahkan ramai pihak. wish me the best, friends!
Jan 10, 2013

Jawapan

Assalamualaikum

Saya tak sebaik yang awak sangka. Awak takde kekurangan apa-apa pun. Cuma saya je yang tak sempurna. Awak memang baik. Comel lagi tu :) hehe. kalau kita berkawan je, takpe kan? Maaflah kalau kadang-kadang saya buat tak endah je dengan awak. Saya buat macam tu sebab saya taknak awak terlalu berharap. Saya tau macam mane sakitnya kalau seseorang tu memberikan kita harapan tapi akhirnya harapan tu cuma tinggal harapan.

Awak, saya tak tau setinggi mana kesungguhan hati awak tu. Sebab saya belum kenal awak sepenuhnya. Awak pun tak kenal saya sangat kan. Bukan kerana jarak, bukan kerana umur, bukan kerana darjat, bukan kerana benci saya memberi jawapan ini. Tapi... kerana saya tak sampai hati berlaku kejam pada awak. Saya tak nak jadi macam 'dia' yang pernah pergi dulu.

Kalau saya terima, saya takut saya tak boleh setia. Saya takut persahabatan kita hilang punca. Saya takut kalau ada hati yang terluka. And for the main reason is kerana saya terlalu banyak kecewa. Sampai saya dah tak boleh rasa lagi perasaan tu. Saya pernah cuba tanam balik. Hakikatnya, orang lain yang jadi mangsa. Tapi saya tak rasa apa-apa.

Mungkin istilah terbaik yang saya patut panggil diri saya sekarang ialah... kejam. Ya, saya makin kejam pada semua orang. Saya benci diri saya sekarang. Saya harap saya boleh patah balik ke masa silam di mana punca tu berlaku. Tapi itu mestilah mustahil.

Kalau betul hati awak ikhlas, saya harap awak faham apa yang saya maksudkan kat sini. Tak berharap awak pergi sebab awak pun dah dikira penting dalam hidup saya. Jadi awak, boleh tak kita jadi kawan ni? Hehe. Kalau jodoh, tak kemana :)


Takpelah awak. Lagipun, saya lagi selesa dengan awak yang sekarang ni. Saya lebih suka kita berkawan. Saya jenis yang menghargai persahabatan. Saya sayang kawan-kawan saya. Awak pun kawan saya. Mestilah saya sayang awak jugak. Awak jangan nangis-nangis lagi tau. Tak gentle lah :P hehe. awak awak. senyum sikiitt ~ haa, kan comel tu :'D

Sayang salam,
Jan 6, 2013

Tentang Kita


Assalamualaikum.

Aku dah deactive facebook dan twitter. Banyak sebab kenapa aku deactive. Salah satunya ialah sebab aku nak belajar. Nak fokus belajar. Skype, aku create account baru. Beberapa orang je yang tau skype baru aku. Aku tinggalkan semua tu sebab aku nakkan ketenangan. Banyak sangat dugaan kalau aku on terutamanya tentang kawan-kawan aku dari alam maya ni. Ya, alam maya. Sebab perhubungan kami hanya menerusi alam maya. Entry ni memang aku nak story pasal diorang. Memanglah ramai lagi kawan-kawan aku dalam alam maya tu. Tapi, diorang berlima ni dengan aku macam ada satu ikatan antara satu sama lain. Okay, aku bukan nak berangan atau berfantasi tapi secara harfiahnya itu yang aku rasa pasal kita semua.

First, aku nak story pasal Amir. Weh, ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu? Kita decide untuk letakkan status 'kembar' dalam relationship kita kan? Kenapa? Sebab masa tu kita banyak sangat persamaan. Kadang-kadang aku rasa kelakar bila banyak sangat kebetulan dalam persamaan kita tu. Masa awal-awal, aku dengan kau masing-masing ada orang lain. Tapi bila masa dah berlalu, beberapa peristiwa pun berlaku antara kita. Aku ingat lagi. 15 September, hari Sabtu pukul 2 pagi lebih. Dari situ bermulanya sesuatu yang lebih baru dalam perhubungan kita. Nak dijadikan cerita, aku makin busy. Sebab exam dah dekat. So aku dah tak dapat otp dengan dia macam biasa. Kadang-kadang je. Lama-lama dah stop terus. Lepas aku habis exam, aku harap kita dapat otp macam dulu atau skype ke. Tapi dia pulak yang busy, kerja. Balik kerja pulak pagi-pagi buta tu. Maka aku dan Amir pun dah jarang contact macam dulu tapi yang aku tau, hati dia masih tetap belum berubah lagi... untuk masa itu.


Manda. Aku rasa dia ni paling lama kenal aku antara lima-lima orang ni semua. Seingat aku, sejak conference yang ramai-ramai tu dulu lah. Alaa, yang dulu-dulu tu la. Entah aku tak ingat bila -.- Manda, akak rasa Manda mesti ada musuh kan? Haha. Berdasarkan apa yang akak nampak la. Kalau orang tak kenal Manda, orang takkan faham siapa Manda yang sebenarnya. Sebenarnya itu lah apa yang akak rasa masa first judgement akak dulu. Hehe. Maaf. Tapi memang betul pun. *kita kena jujur walaupun kebenaran tu pahit* Masa mula-mula akak kenal Manda, akak tak berapa suka sangat dengan sikap Manda tu. Tapi bila Manda pun dah berkawan dengan Amir, so dengan automatiknya akak pun terasa rapat dengan Manda. Hmm, budak ni okay je pun sebenarnya. Bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Hewhewhew~ Manda ni rapat dengan Amir. Aku jeles la sikit masa diorang rapat tu. Hehe. Alaahh biasalah tu jeles-jeles. Okay, dia ni pun aku selalu follow updates macam aku follow Qhai dalam diam jugak. Arghh! Aku stalker -.-

Sorang lagi ni, nama dia Shakel. Yang aku ingat, masa aku kenal dia ni, aku bersungguh-sungguh suruh dia create skype. Haha. Bila tu, dah lupa :v Masa tu ada lagi sorang kawan dia, Acit. Tapi Acit ni macam sombong sikit. Susah nak bercakap dengan dia ni. Maklumlah, Acit ni hensem -.- Okay, berbalik pada Shakel. Emm... Aaa.. Ape eh.. Haa, dia ni ada masa serius. Ada masa suka main-main. Dia ni baik jugak. Dia antara orang yang aku percaya sebab ada beberapa rahsia aku yang dia pegang dan dia amanah. Dia pernah couple dengan Manda. Masa diorang couple, biasalah adat bercouple kan. Mesti ada perasaan cemburu, gaduh-gaduh semua tu. Dia pernah janji dengan aku nak jaga Manda tapi akhirnya... Dah takdir mereka tak kekal lama, nak buat macam mana. Sepanjang diorang couple tu, aku support la jugak dorang walaupun aku jarang dah lepak dengan diorang ka conference. Tapi kan, nak tau tak. Masa diorang clash, sorang pun tak bagitau kat aku. Anis, Qhai, Amir. Semua diam je. Memang lama jugak la aku tak tau yang diorang dah clash. Tau-tau je aku tengok Manda dah dengan orang lain. Bila blogwalking dekat blog diorang ni semua barulah aku tau cerita yang sebenar. Tapi aku diam-diam je lah. Kecewa la sikit sebab agak ketinggalan dapat tau pasal diorang ni semua TT^TT Hmm, yang sayangnya tu. Benda ni asalnya cuma salah faham je kot. Tapi tak taulah kan apa yang akan terjadi pada masa akan datang nanti :')

Haa yang ni nama dia Qhai. Qhai ni sebaya dengan adik lelaki aku. Aku tak berapa rapat dengan dia ni. Kitorang tak pernah share masalah peribadi. Tapi dia ni selalu je ada dalam mana-mana conference yang aku join masa kat skype. Kadang-kadang aku terasa dia ni macam, budak wajib dalam conference -.- Haha. Selalu kalau aku join, dia memang tegur aku. Hai-Hai. Tanya benda penting je. Maklumlah, tak rapat. Lepas tu buat hal masing-masing. Perkara biasa kalau ada conference, tak kisah la dengan sesiapa pun :3 Okay, ya kami tak rapat tapi dalam diam aku selalu follow update dia sebenarnya. Aku dah macam stalker dia tanpa sebab pulak bila selalu buat macam tu -.- Entahlah. Aku rasa macam aku sayang dia dan dah anggap dia macam adik aku sendiri. Qhai ni seorang yang take care pasal orang. Selalu bagi semangat kalau kawan-kawan dia down atau tengah sedih. Tapi dia ni selalu nak buat benda bodoh kalau tengah stress -.- geram la jugak kadang-kadang. Grr! Qhai, ingat pesan akak okay. Jangan nak buat benda-benda bodoh tu lagi. Always think positive. Kalau nak diikutkan, sebenarnya aku ada jugak nak share apa-apa problems aku dengan dia. Tapi bila aku tengok problems dia pun tak setel, so aku taknak lah bebankan dia tolong fikir masalah aku.


Budak kecik ni, nama dia Anis Munira. Aku mula rapat dengan dia sejak aku, dia dengan Amir dalam satu conference ni. Aku ingat lagi, masa tu Anis mati-mati ingat yang aku dengan Amir kembar betul-betul. Haha. Anis ni jenis yang cepat gelabah. Memang kelakar gila la. Aku cepat masuk dengan perangai dia. Masa conference ramai-ramai dulu, aku ada perasan dia tapi maklumlah masa tu aku baru-baru je lagi nak join dorang. Malu ah jugak nak menonjolkan diri. Yaa, masa conference dengan Amir. Sejak tu kitorang rapat. Selalu jugak la kitorang bergosip-gosip. Tak lama lepas aku busy, dia yang rajin teman Amir lepas Amir balik kerja. Kalau aku tak jumpa Amir, aku cari Anis. Kalau aku tak jumpa Anis, aku cari Amir. *siapa kembar siapa ni?* -.- kerana faktor umur, aku tak pernah risau dia rapat dengan Amir. Aku yang bagitau macam tu dekat dia masa aku cerita yang aku jeles Manda rapat dengan Amir. Wakaka. Seriously! Lepastu, masa pun berlalu...  Aku memang dah jangka benda ni akan jadi pada kau dengan aku, Anis. Sebab ni lumrah dalam kehidupan. Dan untuk pengetahuan, perkara serupa macam ni pernah terjadi dekat aku dulu. Lagipun, salah aku kot yang terlalu mempercayai. Takpelah Anis. Aku sayang kau. Aku taknak halang kau dengan dia. Korang just go on je lah okay. Aku doakan korang happy forever ever after. Anis, kalau dia sakitkan hati kau, bagitau aku eh. Biar aku marah dia. Haha :'D

Antara kami berenam, aku yang paling tua. Tua tak beruban okay. Cuma umur aku yang paling tua dalam kalangan diorang ni. Yang paling kecik, Anis. Manda, Amir dengan Shakel sebaya. Qhai pulak bawah diorang. Hmm. Family ye? Macam mane pulak aku boleh terfikir macam tu pasal kita semua eh? Adakah sebab ikatan-ikatan istimewa antara kita semua? Mungkinlah kot. Korang faham kan maksud aku? Ke nak aku story jugak biar lebih faham? Okay, macam ni je sebenarnya. Yang tu dengan ni. Yang ni dengan ni. Yang ni dengan tu. Yang tu dengan tu. Haa. Faham? Okay, tak lawak -.-

Hmm, bila masa dah semakin menginjak usia. Aku rasa aku perlu berfikiran lebih positif dan matang. Bukan aku nak putuskan persahabatan aku dengan korang semua, tapi aku memang taknak terlalu berlebih-lebihan. Macam mane eh nak cakap. Maksud aku, aku pun ada life aku sendiri. Tak kisahlah apa yang dah berlaku pada perhubungan kita semua, aku tetap sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hidup korang. 

Hmm. Aku rasa sampai sini je hikayat yang nak dilukis tentang kita semua. Huh. Okay, aku rasa aku kena stop buat kawan-kawan aku yang comel ni menangis -.- alahai, hati korang ni lembut sangat laa. Cuba jadi macam aku. Kuat je ni haa :'D hee~

Korang, aku mintak maaf sangat-sangat kat korang. Aku takkan lupakan korang walaupun aku dah takde dari hidup korang. Aku doakan korang berjaya dalam hidup korang dan dapat capai semua impian korang tu ya. One more, jangan lupakan aku :')