Assalamualaikum
Aku sayangkan perhubungan ini. Aku tak harap kau pergi sebab kadang-kadang aku perlukan kau kalau aku sunyi. Aku bukan pentingkan diri tapi aku tau kau pun tak harap aku pergi kan? We need each other but still we can't be together. Why? Sebab aku berpegang pada prinsip aku. Prinsip yang aku tanam setiap kali aku nak berjaya dalam satu-satu misi tu. Kalau aku explain lebih lanjut pun, siapalah yang faham. Aku sendiri pun tak tau macam mana nak terangkan lagi.
Woih woih apa aku melalut pagi-pagi buta ni. Haihh. Entah. Aku cuma taip apa yang aku nak taip. Masa aku update ni, aku tengah skype dengan kau. Tau tak, sebenarnya aku rasa bersalah dengan diri aku dan semua orang termasuk kau. Aku rasa aku terlalu pentingkan diri sampai jadikan semua orang sebagai korban untuk mencapai misi aku. Kadang-kadang aku sendiri pun rasa agak terseksa dengan prinsip tu. Tapi, sebab satu kata-kata yang aku sentiasa ingat tu lah yang buat aku masih berdegil nak terus berpegang pada prinsip tu.
Lately, orang yang memberi kata-kata tu kepada aku dah mula rajin contact aku. Even aku cuba mengelak dan bagi macam-macam alasan, dia still cuba nak contact aku. But, aku just layan dia macam dulu - as friend and not more than that. Kenapa? Sebab aku taknak jadi macam dulu. Sebab diri aku yang dulu tu hanya buat aku menjadi seorang yang lemah. Jadi aku perlulah mencari alternatif lain untuk aku menjadi lebih kuat, seperti yang aku berjanji pada abang aku dulu.
Abang, nampaknya berjanji itu memang mudahkan? Kenapa manusia susah sangat nak laksanakan janji mereka? Adakah kerana janji yang dilafazkan itu tidak mengikut keikhlasan hati? Tapi sekurang-kurangnya saya masih cuba nak laksanakan janji saya pada abang tu kan? Saya tak pernah lupa janji saya tu. Tak macam sesetengah orang. Mereka buat janji ni macam satu permainan.
Kepenatan ni masih belum berakhir. Dengan kata lain, takkan pernah berakhir sehinggalah waktunya tiba. Kerana kejayaan yang besar itu, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.