Assalamualaikum.
Aku dah deactive facebook dan twitter. Banyak sebab kenapa aku deactive. Salah satunya ialah sebab aku nak belajar. Nak fokus belajar. Skype, aku create account baru. Beberapa orang je yang tau skype baru aku. Aku tinggalkan semua tu sebab aku nakkan ketenangan. Banyak sangat dugaan kalau aku on terutamanya tentang kawan-kawan aku dari alam maya ni. Ya, alam maya. Sebab perhubungan kami hanya menerusi alam maya. Entry ni memang aku nak story pasal diorang. Memanglah ramai lagi kawan-kawan aku dalam alam maya tu. Tapi, diorang berlima ni dengan aku macam ada satu ikatan antara satu sama lain. Okay, aku bukan nak berangan atau berfantasi tapi secara harfiahnya itu yang aku rasa pasal kita semua.
First, aku nak story pasal Amir. Weh, ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu? Kita decide untuk letakkan status 'kembar' dalam relationship kita kan? Kenapa? Sebab masa tu kita banyak sangat persamaan. Kadang-kadang aku rasa kelakar bila banyak sangat kebetulan dalam persamaan kita tu. Masa awal-awal, aku dengan kau masing-masing ada orang lain. Tapi bila masa dah berlalu, beberapa peristiwa pun berlaku antara kita. Aku ingat lagi. 15 September, hari Sabtu pukul 2 pagi lebih. Dari situ bermulanya sesuatu yang lebih baru dalam perhubungan kita. Nak dijadikan cerita, aku makin busy. Sebab exam dah dekat. So aku dah tak dapat otp dengan dia macam biasa. Kadang-kadang je. Lama-lama dah stop terus. Lepas aku habis exam, aku harap kita dapat otp macam dulu atau skype ke. Tapi dia pulak yang busy, kerja. Balik kerja pulak pagi-pagi buta tu. Maka aku dan Amir pun dah jarang contact macam dulu tapi yang aku tau, hati dia masih tetap belum berubah lagi... untuk masa itu.
Manda. Aku rasa dia ni paling lama kenal aku antara lima-lima orang ni semua. Seingat aku, sejak conference yang ramai-ramai tu dulu lah. Alaa, yang dulu-dulu tu la. Entah aku tak ingat bila -.- Manda, akak rasa Manda mesti ada musuh kan? Haha. Berdasarkan apa yang akak nampak la. Kalau orang tak kenal Manda, orang takkan faham siapa Manda yang sebenarnya. Sebenarnya itu lah apa yang akak rasa masa first judgement akak dulu. Hehe. Maaf. Tapi memang betul pun. *kita kena jujur walaupun kebenaran tu pahit* Masa mula-mula akak kenal Manda, akak tak berapa suka sangat dengan sikap Manda tu. Tapi bila Manda pun dah berkawan dengan Amir, so dengan automatiknya akak pun terasa rapat dengan Manda. Hmm, budak ni okay je pun sebenarnya. Bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Hewhewhew~ Manda ni rapat dengan Amir. Aku jeles la sikit masa diorang rapat tu. Hehe. Alaahh biasalah tu jeles-jeles. Okay, dia ni pun aku selalu follow updates macam aku follow Qhai dalam diam jugak. Arghh! Aku stalker -.-
Sorang lagi ni, nama dia Shakel. Yang aku ingat, masa aku kenal dia ni, aku bersungguh-sungguh suruh dia create skype. Haha. Bila tu, dah lupa :v Masa tu ada lagi sorang kawan dia, Acit. Tapi Acit ni macam sombong sikit. Susah nak bercakap dengan dia ni. Maklumlah, Acit ni hensem -.- Okay, berbalik pada Shakel. Emm... Aaa.. Ape eh.. Haa, dia ni ada masa serius. Ada masa suka main-main. Dia ni baik jugak. Dia antara orang yang aku percaya sebab ada beberapa rahsia aku yang dia pegang dan dia amanah. Dia pernah couple dengan Manda. Masa diorang couple, biasalah adat bercouple kan. Mesti ada perasaan cemburu, gaduh-gaduh semua tu. Dia pernah janji dengan aku nak jaga Manda tapi akhirnya... Dah takdir mereka tak kekal lama, nak buat macam mana. Sepanjang diorang couple tu, aku support la jugak dorang walaupun aku jarang dah lepak dengan diorang ka conference. Tapi kan, nak tau tak. Masa diorang clash, sorang pun tak bagitau kat aku. Anis, Qhai, Amir. Semua diam je. Memang lama jugak la aku tak tau yang diorang dah clash. Tau-tau je aku tengok Manda dah dengan orang lain. Bila blogwalking dekat blog diorang ni semua barulah aku tau cerita yang sebenar. Tapi aku diam-diam je lah. Kecewa la sikit sebab agak ketinggalan dapat tau pasal diorang ni semua TT^TT Hmm, yang sayangnya tu. Benda ni asalnya cuma salah faham je kot. Tapi tak taulah kan apa yang akan terjadi pada masa akan datang nanti :')
Haa yang ni nama dia Qhai. Qhai ni sebaya dengan adik lelaki aku. Aku tak berapa rapat dengan dia ni. Kitorang tak pernah share masalah peribadi. Tapi dia ni selalu je ada dalam mana-mana conference yang aku join masa kat skype. Kadang-kadang aku terasa dia ni macam, budak wajib dalam conference -.- Haha. Selalu kalau aku join, dia memang tegur aku. Hai-Hai. Tanya benda penting je. Maklumlah, tak rapat. Lepas tu buat hal masing-masing. Perkara biasa kalau ada conference, tak kisah la dengan sesiapa pun :3 Okay, ya kami tak rapat tapi dalam diam aku selalu follow update dia sebenarnya. Aku dah macam stalker dia tanpa sebab pulak bila selalu buat macam tu -.- Entahlah. Aku rasa macam aku sayang dia dan dah anggap dia macam adik aku sendiri. Qhai ni seorang yang take care pasal orang. Selalu bagi semangat kalau kawan-kawan dia down atau tengah sedih. Tapi dia ni selalu nak buat benda bodoh kalau tengah stress -.- geram la jugak kadang-kadang. Grr! Qhai, ingat pesan akak okay. Jangan nak buat benda-benda bodoh tu lagi. Always think positive. Kalau nak diikutkan, sebenarnya aku ada jugak nak share apa-apa problems aku dengan dia. Tapi bila aku tengok problems dia pun tak setel, so aku taknak lah bebankan dia tolong fikir masalah aku.
Budak kecik ni, nama dia Anis Munira. Aku mula rapat dengan dia sejak aku, dia dengan Amir dalam satu conference ni. Aku ingat lagi, masa tu Anis mati-mati ingat yang aku dengan Amir kembar betul-betul. Haha. Anis ni jenis yang cepat gelabah. Memang kelakar gila la. Aku cepat masuk dengan perangai dia. Masa conference ramai-ramai dulu, aku ada perasan dia tapi maklumlah masa tu aku baru-baru je lagi nak join dorang. Malu ah jugak nak menonjolkan diri. Yaa, masa conference dengan Amir. Sejak tu kitorang rapat. Selalu jugak la kitorang bergosip-gosip. Tak lama lepas aku busy, dia yang rajin teman Amir lepas Amir balik kerja. Kalau aku tak jumpa Amir, aku cari Anis. Kalau aku tak jumpa Anis, aku cari Amir. *siapa kembar siapa ni?* -.- kerana faktor umur, aku tak pernah risau dia rapat dengan Amir. Aku yang bagitau macam tu dekat dia masa aku cerita yang aku jeles Manda rapat dengan Amir. Wakaka. Seriously! Lepastu, masa pun berlalu... Aku memang dah jangka benda ni akan jadi pada kau dengan aku, Anis. Sebab ni lumrah dalam kehidupan. Dan untuk pengetahuan, perkara serupa macam ni pernah terjadi dekat aku dulu. Lagipun, salah aku kot yang terlalu mempercayai. Takpelah Anis. Aku sayang kau. Aku taknak halang kau dengan dia. Korang just go on je lah okay. Aku doakan korang happy forever ever after. Anis, kalau dia sakitkan hati kau, bagitau aku eh. Biar aku marah dia. Haha :'D
Antara kami berenam, aku yang paling tua. Tua tak beruban okay. Cuma umur aku yang paling tua dalam kalangan diorang ni. Yang paling kecik, Anis. Manda, Amir dengan Shakel sebaya. Qhai pulak bawah diorang. Hmm. Family ye? Macam mane pulak aku boleh terfikir macam tu pasal kita semua eh? Adakah sebab ikatan-ikatan istimewa antara kita semua? Mungkinlah kot. Korang faham kan maksud aku? Ke nak aku story jugak biar lebih faham? Okay, macam ni je sebenarnya. Yang tu dengan ni. Yang ni dengan ni. Yang ni dengan tu. Yang tu dengan tu. Haa. Faham? Okay, tak lawak -.-
Hmm, bila masa dah semakin menginjak usia. Aku rasa aku perlu berfikiran lebih positif dan matang. Bukan aku nak putuskan persahabatan aku dengan korang semua, tapi aku memang taknak terlalu berlebih-lebihan. Macam mane eh nak cakap. Maksud aku, aku pun ada life aku sendiri. Tak kisahlah apa yang dah berlaku pada perhubungan kita semua, aku tetap sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hidup korang.
Hmm. Aku rasa sampai sini je hikayat yang nak dilukis tentang kita semua. Huh. Okay, aku rasa aku kena stop buat kawan-kawan aku yang comel ni menangis -.- alahai, hati korang ni lembut sangat laa. Cuba jadi macam aku. Kuat je ni haa :'D hee~
Korang, aku mintak maaf sangat-sangat kat korang. Aku takkan lupakan korang walaupun aku dah takde dari hidup korang. Aku doakan korang berjaya dalam hidup korang dan dapat capai semua impian korang tu ya. One more, jangan lupakan aku :')