Jun 18, 2014

Tanpamu Di Sisi

"Gembiranya life awak sekarang ye. Maaflah sebab sepanjang awak dengan saya, saya tak mampu nak bagi kebahagiaan  yang awak nak macam sekarang ni. Saya memang bukan kawan yang baik. Awak, maafkan saya tau. Mungkin awak terasa bila saya undurkan diri dari hidup awak. Tapi saya terpaksa pergi sebab saya tau, tindakan ni adalah untuk kebaikan masa depan awak.
Saya nampak sangat. Jelas di mata awak, sinaran kebahagiaan terpancar indah bila awak bersama-sama dengan mereka. Mereka sangat baik. Mereka mampu tanamkan semangat hijrah yang mendalam dalam hati awak dalam jarak masa yang sangat singkat. Saya tau saya masih tak sempurna nak pimpin awak bersama-sama sebab saya kan belum kuat lagi.
Awak, awak perasan tak hikmah yang awak dapat lepas awak ikut nasihat saya ni? Saya sayangkan awak. Sebab tu saya taknak awak tertinggal tanpa hala tuju masa depan yang cerah. Dan sekarang, alhamdulillah. Semangat awak yang nak berjaya tu dah bawa awak berjumpa dengan mereka yang sangat ambik berat tentang awak. Saya gembira sangat tengok life awak sekarang walaupun saya dah takde kat sisi awak lagi.
Tapi awak. Dulu kalau saya ada masalah, saya selalu cerita dekat awak. Awak dengar cerita saya. Awak nasihatkan saya. Awak bagi pendapat awak dengan masalah saya. Awak tolong bagi jalan pada setiap masalah saya. Sekarang ni saya perlukan nasihat awak. Bila saya keseorangan, saya selalu teringatkan awak. Dan air mata saya akan menitis tanpa saya pinta. Saya sangat rindukan awak.
Awak.. Malam ni air mata saya menitis lagi. Saya teringatkan awak. Hari ni dah 7 Ramadhan dan tahun ni saya harungi bulan barakah ini tanpa awak di sisi. Saya rasa sebak bila saya imbas balik semua kenangan kita dulu. Kadang-kadang ada sekelumit rasa menyesal di lubuk hati saya bila saya melangkah pergi dulu. Tapi saya kuatkan jugak hati saya untuk terima hakikat takdir perpisahan kita. Saya yakin tindakan saya tu memang untuk kebaikan masa depan awak. Saya yakin sangat.
Semalam result keluar kan. Saya cemburu tengok awak dah jauh ke depan tinggalkan saya. Awak hampir berjaya seiring dengan kawan-kawan baru awak. Saya masih lagi di bawah. Saya masih lagi belum nampak cahaya kejayaan masa depan saya. Gembiranya saya tengok awak makin berhijrah dan rajin sekarang.
Awak.. Maafkan saya sebab tak balas mesej-mesej awak. Terima kasih awak sebab masih ambil berat pasal saya. Saya bukan sengaja taknak balas, tapi saya rasa malu dengan diri saya sendiri."
-Written on August 24, 2013.

Now:-

Tahniah awak. Saya sangat bangga awak dah berjaya capat matlamat awak. Awak dapat anugerah pelajar cemerlang. Saya pulak cuma dapat tengok awak dan semua kawan-kawan kita ambil result dari jauh je. Saya malu nak berdepan dengan semua orang kat sekolah tu. Saya tau kegagalan saya ni sebab diri saya sendiri. Tapi saya takkan menyerah sebab saya yakin, ada masa kita akan berjaya dan ada masa kita akan jatuh balik supaya usaha kita akan jadi berkali ganda pada masa hadapan.

Awak mungkin dah tak rindu kat saya lagi dah kan, sebab kawan-kawan awak makin ramai. Tapi kadang-kadang saya rindu kat awak. Bila saya rindu, saya stalk twitter awak, moment awak, fb awak. Saya gembira dapat tau setiap perkembangan kehidupan awak. Saya tau, kita tak mungkin jadi rapat macam dulu balik. Semua tu dah jadi kenangan dan kenangan masa silam hanya duduk di belakang.

Anyway, suatu hari nanti kalau kita dapat jumpa lagi, masa tu nanti banyak dah perubahan berlaku dalam kehidupan masing-masing kan. Well, who knows. My friend, I'm very thankful for everything when we've been bestfriend. I will never forget you, goodbyee :)

 

Meaningful Quotes

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain. 
Kecewa tak? Mesti kecewa sikit. Mesti marah sikit. Mesti sedih banyak. Kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlaslah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keikhlasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya, tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan!
-Written for me by Yap Koloi

Feb 17, 2014

I am a Liar.

Am I a liar? I think, yes. Yes, I'm a great liar. I keep lying people and the worst is, I'm lying to myself. Sejak dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah. Menipu sebab taknak ikut kata hati. Aku rasa lain tapi cakap lain. Aku melawan kata hati aku.

Mencintai seseorang bukanlah bermaksud memilikinya. Jika kita benar-benar menyintainya, sesiapa sahaja pilihan dia, terimalah dengan hati yang terbuka dan doakan kebahagiaannya. Itulah cinta sejati.

One day you're going to miss her annoyingness, and you're going to miss how much she cared.

I want to be your strength. I want to be your support. I want to be the one who will take your hand when you fall. I want to be the one who will cheering you up when she brings you down. I want to be the girl to make your worst days better. The girl that you tell your friends 'My life has changed ever since I met her, she is the best thing that has happened to me.' Because loving you makes me feel happy ^_^
Jan 27, 2014

Diri Guwa

Sebenarnya guwa seorang yang kuat jeles, kuat marah, kuat nangis, suka ikutkan perasaan. Pendek kata, diri guwa ialah seorang yang sangat annoying di mata orang lain. Tapi guwa cuma bersabar dan bertahan sekuat dan semampu yang guwa boleh. Sebabnya, guwa taknak dikatakan annoying oleh orang lain lebih-lebih lagi oleh orang yang paling dekat dan rapat dengan guwa.

Dan bila guwa menghadapi sesuatu situasi di mana guwa akan berasa nak marah, nangis, cemburu atau seumpanya dengan melampau, guwa akan terus diamkan diri. Dengan cara tu, guwa dapati diri guwa akan dapat melawan semua gejala buruk yang guwa sendiri tak suka tentang diri guwa. Tapi guwa tak kuat mana pun sebenarnya. Ingat guwa boleh ke pendam semua tu sorang-sorang?!

Serious shitt. Guwa tak kuat pun macam orang cakap. Guwa cuma diam untuk elakkan guwa bersikap se-annoying rupa. Tapi diam tu cuma seketika. Ada masa kalau kumpul lama sangat, guwa sebenarnya boleh jadi gila tau tak. Tapi guwa dah fikir lama benda ni. Guwa nampak yang mendiamkan diri tu cuma inisiatif sementara. Sebab kalau tak bendung secepat mungkin, bukan diri guwa je yang teruk tak terurus nanti. Orang sekeliling guwa pun akan dapat side effect jugak.

So guwa ambil langkah lain untuk perbaiki diri guwa. Ya, guwa mencari sesuatu atau seseorang untuk dengar dengan hati tentang apa yang guwa rasa. Bukan sekadar mendengar dengan kosong, tapi guwa nak ada yang faham. Tapi macam biasa lah, guwa jadi macam orang gila ja. Cakap sorang-sorang. Sekadar melepaskan harapan. Tapi harapan tak tercapai. Ibarat macam tengah lapar, then pergi dapur buka tudung periuk je tapi tak makan pun. Lebih kurang macam tu la.

Tapi bila guwa fikir-fikirkan balik, diri guwa dari dulu sebenarnya memang seorang pemendam. Suka diam daripada berkata-kata. Guwa rasa habit guwa ni memang sejak azali lagi kot. Tapi guwa tak suka habit ni ada dalam diri guwa. Guwa tak harap menjadi seorang yang pendiam. Walau dengan mendiamkan diri untuk mengawal emosi guwa yang sangat annoying tu kadang-kadang mendatangkan manfaat untuk diri guwa, tapi guwa nampak lebih banyak kesan buruk pada diri guwa sebenarnya.

Hmm apakebenda la yang guwa mengarut pepagi buta ni. Dekat twitter membebel pasal doremon dengan husaini. Dekat skype dengar orang tua tu berdengkur. Dekat blog menaip entri. Dekat fb, eh tak. Guwa tak online fb pun malam ni. Takde mood dah nak online fb, buat sakit hati ja. K finee, guwa mengantuk sebenarnya ni kan kann kann. Tapi guwa cuma tak nak tidur sebab stress hajat hari ni tak kesampaian. Okayy guwa rasa guwa patut melawan kekecewaan guwa ni dari terus membelenggu diri guwa. Tidur itu penting dari makan. *tetiba*

Jan 15, 2014

Sakit Hati

Setiap hari buat observation. Dan setiap observation tu, akan ada satu perasaan pada setiap conclusion yang dah sempurna. Sakit hati. Ya, itu satu naluri yang aku tak dapat nafikan bila observation aku tertumpu pada human being. Sakit hati bukan kerana timbul rasa dendam atas kebahagiaan orang lain. Tapi sakit hati kerana aku terlalu cuai sampai aku semakin menjauh dari kebahagiaan aku sendiri.

Kebahagiaan yang aku impikan sekian lama dah semakin menghilang. Mana pergi? Perginya terbang bersama setiap langkah yang aku lakukan yang diiringi dengan titik kesilapan. Nak ubah? Mana boleh patah balik ke masa silam. Dah melanggar hukum alam kalau nak putar balik ke masa lalu. Then sekarang apa? Nak tunggu masa depan yang cerah? Habis tu apa langkah yang patut dibuat sekarang? 100% masa depan dipengaruhi oleh masa sekarang. Apa yang dilakukan sekarang ialah petunjuk pada masa depan sendiri. Nak dapat masa depan yang bahagia? Apa perlu buat? Apa perlu fikir? Apa perlu pilih? Apa perlu dikorbankan? 

Rumit. Setiap hari berfikir. Dan setiap hari juga jadi macam robot, melalui hari-hari macam dah kena set. Bangun pagi buat apa, tengahari buat apa, tidur waktu bila. Semuanya berlalu. Sebab masa takkan berhenti. Pilihan pun makin bertambah. Cuma satu je yang tak berubah. Hati. Hati masih tertanya-tanya dan takutkan pada rahsia masa depan.

Selfish

Sometime aku sangat berharap yang aku ditimpa sesuatu yang boleh menguji sejauh mana kesetiaan persahabatan kawan-kawan di sekeliling aku. Adakah harapan aku ni berbunyi macam aku ni pentingkan diri? Sebenarnya ya. Peratusan perasaan selfish ni sebanyak 27%. Jujur je laa. Dalam diri setiap orang sebenarnya ada peratusan pentingkan diri tu. Bila kita mengharapkan sesuatu itu berlaku dan kita akan mendapat manfaatnya, itu dah terbukti datang daripada sifat mementingkan diri.

Well said, orang cakap pentingkan diri tu sebenarnya tak baik kan? Tapi naluri manusia sebenarnya tak dapat nak lari daripada sifat ni. Ramai yang tak sedar bila diorang buat sesuatu dalam keadaan mementingkan diri sendiri. Even yang dah sedar pun perkara yang diorang buat tu hanyalah mementingkan diri diorang, diorang tetap akan teruskan. Kenapa? Untuk manfaat masing-masinglah.

Nak timbulkan kesedaran ni sebenarnya payah. Tak semudah berkata-kata di mulut je. Kalau hati dan minda seseorang tu taknak digerakkan walaupun orang lain dah clorox dia banyak kali macam mana pun, kesedaran tu takkan ada. Kesedaran tu bergantung pada diri kita. Pengalaman, sejarah, semua tu antara yang akan menjadikan diri kita sedar. Tapi mostly memang akan sedar. Itupun semasa diri berada dalam keadaan worst sangat. Bila dah dapat bahagia, ingat kesedaran tu akan selamanya duduk dalam hati ke? Jarang. Tak ramai yang akan buat macam tu.

Tapi kan, dalam kehidupan kita ni. Betul ke boleh bawak sifat pentingkan diri tu ke mana-mana je kita pergi? I won't give the answer because the answer is in you. Aku pun ada jawapan aku sendiri untuk soalan ni. Pandangan masing-masing. Terpulanglah. Asalkan dalam menjadi seseorang yang pentingkan diri tu, ada kesedaran yang menyusuli setiap tindakan yang kita buat.