Jan 15, 2014

Sakit Hati

Setiap hari buat observation. Dan setiap observation tu, akan ada satu perasaan pada setiap conclusion yang dah sempurna. Sakit hati. Ya, itu satu naluri yang aku tak dapat nafikan bila observation aku tertumpu pada human being. Sakit hati bukan kerana timbul rasa dendam atas kebahagiaan orang lain. Tapi sakit hati kerana aku terlalu cuai sampai aku semakin menjauh dari kebahagiaan aku sendiri.

Kebahagiaan yang aku impikan sekian lama dah semakin menghilang. Mana pergi? Perginya terbang bersama setiap langkah yang aku lakukan yang diiringi dengan titik kesilapan. Nak ubah? Mana boleh patah balik ke masa silam. Dah melanggar hukum alam kalau nak putar balik ke masa lalu. Then sekarang apa? Nak tunggu masa depan yang cerah? Habis tu apa langkah yang patut dibuat sekarang? 100% masa depan dipengaruhi oleh masa sekarang. Apa yang dilakukan sekarang ialah petunjuk pada masa depan sendiri. Nak dapat masa depan yang bahagia? Apa perlu buat? Apa perlu fikir? Apa perlu pilih? Apa perlu dikorbankan? 

Rumit. Setiap hari berfikir. Dan setiap hari juga jadi macam robot, melalui hari-hari macam dah kena set. Bangun pagi buat apa, tengahari buat apa, tidur waktu bila. Semuanya berlalu. Sebab masa takkan berhenti. Pilihan pun makin bertambah. Cuma satu je yang tak berubah. Hati. Hati masih tertanya-tanya dan takutkan pada rahsia masa depan.

0 comment (s):

Post a Comment

Comment (s)