Jan 15, 2014

Selfish

Sometime aku sangat berharap yang aku ditimpa sesuatu yang boleh menguji sejauh mana kesetiaan persahabatan kawan-kawan di sekeliling aku. Adakah harapan aku ni berbunyi macam aku ni pentingkan diri? Sebenarnya ya. Peratusan perasaan selfish ni sebanyak 27%. Jujur je laa. Dalam diri setiap orang sebenarnya ada peratusan pentingkan diri tu. Bila kita mengharapkan sesuatu itu berlaku dan kita akan mendapat manfaatnya, itu dah terbukti datang daripada sifat mementingkan diri.

Well said, orang cakap pentingkan diri tu sebenarnya tak baik kan? Tapi naluri manusia sebenarnya tak dapat nak lari daripada sifat ni. Ramai yang tak sedar bila diorang buat sesuatu dalam keadaan mementingkan diri sendiri. Even yang dah sedar pun perkara yang diorang buat tu hanyalah mementingkan diri diorang, diorang tetap akan teruskan. Kenapa? Untuk manfaat masing-masinglah.

Nak timbulkan kesedaran ni sebenarnya payah. Tak semudah berkata-kata di mulut je. Kalau hati dan minda seseorang tu taknak digerakkan walaupun orang lain dah clorox dia banyak kali macam mana pun, kesedaran tu takkan ada. Kesedaran tu bergantung pada diri kita. Pengalaman, sejarah, semua tu antara yang akan menjadikan diri kita sedar. Tapi mostly memang akan sedar. Itupun semasa diri berada dalam keadaan worst sangat. Bila dah dapat bahagia, ingat kesedaran tu akan selamanya duduk dalam hati ke? Jarang. Tak ramai yang akan buat macam tu.

Tapi kan, dalam kehidupan kita ni. Betul ke boleh bawak sifat pentingkan diri tu ke mana-mana je kita pergi? I won't give the answer because the answer is in you. Aku pun ada jawapan aku sendiri untuk soalan ni. Pandangan masing-masing. Terpulanglah. Asalkan dalam menjadi seseorang yang pentingkan diri tu, ada kesedaran yang menyusuli setiap tindakan yang kita buat.

0 comment (s):

Post a Comment

Comment (s)