Nov 9, 2015

Crush

Saja la kan nak cerita pasal crush masa zaman sekolah rendah dulu. Sekolah rendah? Hamboii kecik-kecik dah gatal, teruknya aku ni. Hahaha! Okay actually takda motif sangat pun tetiba bukak topik pasal crush lama ni. Cuma sebab lately ni aku suka jogging keliling kampung every morning and always lalu depan rumah dia so end up duk teringat yang aku pernah crush kat dia dulu.

As I remember la, start suka kat dia masa darjah 3 sampai la masuk Form 1. Nak dijadikan ala-ala drama sikit, coincidentally aku dengan dia ni satu kelas sampai lah darjah 6. Pastu bila masuk secondary, sama sekolah pulak tu. Lepas tu masa naik Form 4, dia dah pindah sekolah lain. Sampai sekarang aku tak tau apa cerita dia.

So nak cerita cemana aku boleh crush kan dia ni la kan. Dedulu masa kecik, aku ni jenis selalu kena buli sama ada dengan lelaki or dengan perempuan. Sebabnya, senang ja. Aku ni pendiam. Tersangatlah pendiam nak mati. So budak-budak kan masa kecik memang nakal sebab tu ramai suka sakat aku kat mana-mana. Kesian kan aku? Huhu. Okay back pada cerita tadi, macam mana aku boleh crush kat dia. Dalam ramai-ramai lelaki,  aku perasan dia ni ja yang tak pernah buli aku. At the same time, kalau nak ikut aku punya berangan, dia ada sikit macam selalu nak protect aku.

Tak berapa clear sangat ingatan aku ni sebab aku kecik lagi masa tu, tapi masa first-first aku mula notice dia ni time darjah 3 tu la. Masa tu cikgu suruh sumorang kemas kelas. Pastu aku gigih tampal apa tah kat dinding. Kecik kan masa tu, so aku pun terkial-kial la buat kerja. Orang lain semua buat dono ja tak hiraukan aku but then tetiba ja dia ni datang tolong aku tampal. Memula tu aku rasa takut sebab dia ni lelaki. Tapi dia buat rilek je tolong aku. So sejak tu aku selalu la rajin perati dia.

Dia ni boleh kira antara budak-budak nakal yang selalu kena aim dengan cikgu-cikgu kat sekolah jugak la. Even dalam nakal-nakal dia tu, dia tak pernah kacau aku macam kawan-kawan dia yang lain. Aku perasan sangat kot yang dia ni macam baik je dengan aku.

Antara moment yang paling aku ingat pasal crush aku ni ialah masa tahun 2006, time tu aku darjah 6. Apa kau rasa kalau kau punya seat dalam kelas bebetul sebelah crush kau. Haaa kan, macam nak pengsan kannn. Tu laa yang aku rasa. If nak tau, masa primary aku takda kawan perempuan. So disebabkan diri aku yang pendiam ni, boleh kata aku macam kena pinggir la jugak. Tapi aku ni jenis loneranger yang boleh bawak diri and tak kisah sangat.

So masa first day sekolah, cari seat last-last aku nampak ada satu seat kosong sebelah tingkap. Kebetulan guru kelas pulak susunkan meja satu-satu, dia tak bagi cantum meja sebab nak bagi kitorang biasa dengan suasana exam. Alaah macam susunan meja kat sekolah Jepun tu. So perempuan dua baris, lelaki dua baris. And yes, aku ni sebagai manusia yang dipinggirkan lalu aku tak perasan yang aku dah tercampak kat baris lelaki. Dah la jauh kena asing dengan baris budak perempuan, lepas tu keliling aku semua lelaki. Tapi aku tak kisah, sumpah tak kisah. Kenapa tau? Haa, sebab sebelah seat aku ialah crush aku. Takpe aku bagi lakaran sikit biar jelas.

So aku duduk sebelah tingkap. Depan aku Khai, sebelah Khai tu Am, belakang aku Naz, sebelah Naz aku tak ingat dah sapa. Sebelah aku tu laa crush aku. See? Utara, barat laut, barat, barat daya, selatan aku semuanya lelaki. Kalau perempuan lain dapat seat aku ni mau tak boleh fokus dalam kelas sebab tak selesa. Tapi aku buat rilek ja sebab aku jenis tak peduli.
Masa darjah 6 ni la banyak moment yang aku sayang. Most of all sebab pasal crush aku la. Kekadang dia pinjam barang aku, laju ja aku bagi. Time exam kekadang main tukar-tukar jawapan. Kelakar wehh bila ingat balik. Eventho aku duduk sebelah dia, tapi kitorang tak rapat pun. Yelaah sebab aku ni pendiam. Dia pulak jenis nakal, ada je benda tak reti duk diam dia nak buat.

Aku ingat lagi ada satu hari tu masa kelas malam, (if kelas malam, boleh duduk mana-mana) aku duduk seat paling belakang dekat dengan pintu sebab senang nak keluar. Pastu dia pulak tetiba mai datang duduk sebelah aku. Hahahaha aku punya seronok jangan cakap la kan. So sepanjang kelas malam tu selama dua jam, tak habis habis dia tanya aku memacam. Mintak gula-gula la, mintak pinjam barang la, mintak jawapan laa sebab malas nak fikir. Aku tah macam mana semangat terjemah apa yang cikgu cakap kat dia sampai dia gelak-gelak jatuh kerusi pastu semua pandang. Sudahnya kitorang dua orang belakang tu tak fokus dalam kelas duk gelak-gelak kat belakang. Kalau cara aku cerita mungkin la macam sweet, tapi sebenarnya biasa ja. 

Ada satu hari masa dia singgah kedai aku nak beli barang, dia nampak siput. Zaman tu siput besar-besar bebudak jarang jumpa so dia macam excited bila nampak. Oh btw dulu ayah aku ada bukak kedai jual ikan perhiasan. And siput tu ada dalam akuarium ikan-ikan bebanyak tu. Time tu aku jaga kedai dengan mak aku and dia datang dengan kawan dia sorang. Aku ingat lagi ayat dia masa nampak siput tu yang kebetulan tengah bertelur,
"Uih besarnya siput ni, telur dia merah!" Aku pun jawab la
"A'ah siput ni tengah bertelur, tengok la kat atas tu banyak lagi telur dia." Sambil tunjuk kat akuarium-akuarium lain. Pastu dia tanya lagi,
"Mana dapat siput ni?"
Haa kau tau, aku pun bukak cerita hikayat mana dapat siput ni sepatah-sepatah lama nak mati sampai aku tengok kawan dia yang tengah tunggu tu dah tarik-tarik tangan dia ajak balik. Tapi apa yang aku suka pasal crush aku ni one of thing is dia dengar je aku cerita sungguh-sungguh dengan muka penuh minat and tak peduli pasal kawan dia. Sambil senyum-senyum pandang aku. Mangaihhh tak tau aku dah melting nak mati time tu. Dia sanggup tunggu aku habis cerita pastu baru dia gerak balik. Tapi lepas dia balik, aku kena marah dengan mak aku sebab bocor rahsia pasal siput tu, huhu nak buat cemana tetiba excited cegitu T.T

Satu lagi masa hari UPSR dah dekat, normally sekolah akan target pelajar-pelajar yang dikatakan boleh capai sasaran sekolah iaitu dapat keputusan cemerlang la maksudnya. Yang aku ingat, masa tu sekolah target dalam 13 orang cemtu. And dalam ramai-ramai tu, aku dengan crush aku ada dalam senarai. Masa tu aku a bit bangga jugak la sebab dalam reramai yang cikgu target tu, aku sorang ja student biasa. Yang lain semua pengawas, crush aku ni pengawas SPBT. Bangga dan seronok bila beratur kat atas pentas depan semua orang masa kena umumkan tu pastu dah la berdiri sebelah crush pulak tu. Haihh rasa macam mimpi ja time tu.

Lepas tu masa pun berlalu dan aku pun dah melangkah ke secondary school. Masa first day sekolah, aku cari nama aku kat dalam kelas mana kat dashboard dengan student-student lain. Aku nampak nama aku kat kelas first. Time tu aku tak kenal lagi sesapa sebab semua orang baru kan. So aku saja-saja la jengah nama-nama kat kelas lain kot-kot ada nama yang familiar ke. Tengah baca-baca, haaa tu kan, aku nampak nama crush aku kat senarai nama kelas yang kedua. Adedeh, kelas kitorang tak sama la. Tapi, ehh dia masuk sama sekolah dengan aku?! OMG, gila tak excited. HAHAHA!

Pastu setiap hari aku sengaja lalu depan kelas dia sebab nak tengok dia, and kekadang masa rehat pun sengaja buat alasan jumpa kawan aku kat kelas dia kekonon nak lepak padahal nak tengok dia ja. Dia ni memang nakal, bila masuk secondary lagi menjadi-jadi nakal dia. Masa Form 1 lagi dah kena tampar dengan pengetua sebab kuranghajar, bayangkanlah dia punya nakal tu macam mana. Hahaha. Tak lama tu aku dapat tau yang dia ni dah ada girlfriend, macam kecewa jugak la huhu. Tiap kali aku terserempak dengan dia, aku jadi speechless.

And as the time passes by, aku masih takde keberanian nak tunjuk kat dia yang aku suka dia. Pastu bila aku dah mula lebih fokus dengan belajar, perlahan lahan minat aku kat dia dah hilang. Tapi perasaan yang pernah muncul dalam hati aku ni, aku takkan boleh lupa. Sampai bila-bila aku takkan lupa kat first love aku ni. Banyak lagi kenangan aku dengan dia yang aku tak cerita kat sini, tapi cukup lah apa yang sempat luahkan. Kekadang bila duduk sorang-sorang pastu imbas balik kenangan yang macam ni, rasa macam ada satu perasaan hangat dan menenangkan yang mengalir dalam hati. Anyway, I really hope that he will meet his true love and living his beautiful life everyday with his gentle smile.


Oct 29, 2015

Friends


Being with you are so much fun. With the other person, it's just so painful.

If only I'd fallen for someone like you instead of him...

I love being with you, and we have lots of fun together... but I'm not in love with you. You're a dear friend, with a beautiful heart. Your heart. That's why I won't take it. That way, you'll never change.
Oct 18, 2015

Kenangan Silam Aku dan Dirimu

Kadang-kadang bila kenangan tu bermain-main dalam kepala, ada satu perasaan bernama rindu ni mula nak mengusik hati. Tapi sebenarnya takdelah rindu sangat pun atau mengharap dia kembali. Cuma sekadar rasa rindu pada kenangan yang dah berlalu dan merasai sebuah perasaan berterima kasih kerana pernah disayangi suatu ketika dulu.

Pejam celik, dah dua tahun lebih aku tinggalkan dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku untuk satu jangka waktu yang mungkin tak panjang, tapi cukup memberi kesan pada kehidupan aku dan dia sekarang.

Alhamdulillah, pertemuan kali ini tiada lagi muncul dengan perasaan benci dan sakit hati. Juga tiada lagi muncul bersama perasaan ingin disayangi kembali. Mungkin keadaan sebegini yang menjadi takdir untuk kita berdua sampai bila-bila.

Aku yakin dia sekarang sedang bahagia dengan seseorang yang mungkin akan menjadi jodoh dia. Kalau itu benar, aku tumpang bahagia sebab sinar kegembiraan sekurang-kurangnya masih terpancar di wajah dia.

Mungkin dia sudah lupa bagaimana dia pernah menyayangi aku suatu ketika dulu. Atau mungkin dia terlalu sakit untuk mengimbas kembali tentang memori itu. Dia pun, dah berjaya melangkah ke hadapan dengan kehidupan baru dia. Dia berjaya tinggalkan kesakitan yang disebabkan oleh aku jauh ke belakang.

Apa yang aku dan dia pernah alami dulu, biarlah menjadi memori silam. Kenangan aku dan dia yang bertemu pada kali pertama di Kem Pengakap kini terus abadi untuk sama-sama berjuang dalam nama yang sama.

Pada kawan-kawan yang pernah melihat kebahagian aku dan dia, aku harap kamu semua dapat terima takdir kami sekarang. Kini walaupun kami akan sentiasa bertemu dalam perjuangan Pengakap, namun perjuangan kali ini tidak lagi atas nama kau dan aku tapi aku ingin berjuang atas nama sebuah persahabatan kau dan kawan-kawan kita semua.

Oct 14, 2015

Dendam

Mendengar nama itu disebut, tidak semena jantungku direntap laju. Nama yang tidak asing lagi tapi cukup memberi kesan dalam ingatan aku. Tidak disangka sebuah nama sahaja mampu membuatkan jantung kecil ini bagaikan berhenti berdenyut. Emosi dan dendam tiba-tiba membara kembali setelah sekian waktu tenggelam tanpa ingin diingati.

Tak pernah terlintas dalam hati aku, untuk mendendami seseorang sebegini rupa tapi setelah apa yang berlaku, aku tak mampu menongkah gejolak hati yang sentiasa terpalit luka ini.

Aku berharap setinggi langit agar memori pahit ini segera diusir sejauh angkasa raya dari kotak ingatanku. Aku tak ingin kepahitan ini terus-terusan menjajah hati. Namun rasanya mustahil sekali dapat aku tolak rasa sakit hati yang mengunjung tiba saban waktu. Terkadang aku berfikir untuk melunaskan segala dendam supaya tiada lagi amarah yang tidak menyenangkan ini menguasai benak fikiranku.

Juga, aku berharap dia akan menjadi insan terakhir yang menjadi dendaman aku. Aku tidak ingin lagi mengecapi penderitaan ini. Aku patut melupakan segalanya yang terjadi. Ya, aku harus membina hidup baru. Aku tahu perkara seperti ini sangat mengambil masa untuk pulih.

Aku harus tabah, harus kuat, harus yakin dengan takdir aku. Mungkin dendam ini memang tidak akan berakhir, mungkin sampai selamanya. Kebencian aku meluap-meluap acap kali terimbas peristiwa itu. Dan gadis lemah seperti aku tidak kuat untuk menentang apa yang telahpun terjadi. Aku benci.
Sep 30, 2015

Al Fatihah untuk Adikku Sayang, Noor Aqilah Binti Dolmat

28 September, Isnin
Hari ni lepas solat Asar, aku terdetik nak bukak facebook. Aku tekan button Home untuk tengok berita terbaru. Dan post pertama yang keluar pada waktu itu ialah dari seorang junior aku ketika aku di SMKIS. Ya Allah, bagaikan halilintar menerpa, aku terkejut baca post itu.


Donut, dia sedang koma di ICU sejak Sabtu lepas. Keadaannya sedang kritikal. Aku nak pergi melawat dia, tapi keadaan aku sekarang pun tak mengizinkan aku untuk bergerak. Aku terdiam di depan laptop, termenung kosong bersimpati dengan keadaan kesihatan dia. Bila aku baca komen, aku dapat tau dia suffering Tetanus.

Aku buka Twitter dia, nak follow perkembangan dia. Aku tekan ikon berbentuk bintang di profile dia supaya aku sentiasa tak lepas dapat tau keadaan terkini dia.

Aku buka Google, aku google tentang bahaya penyakit tu. Aku tanya orang yang lebih pakar. Tapi bila dapat tau keadaan badan dia dah sampai ke tahap yang bahaya, aku menangis seorang diri di dalam bilik. Aku berdoa mengharapkan dia kuat melawan sakit tu. Ya Allah, selamatkan dia.

30 September, Rabu
Entah kenapa malam ni aku tak boleh tidur. Bila terlelap, aku mimpi suasana sekolah masa kat asrama dulu. Dan perasaan yang sangat tak menyenangkan datang. Aku berguling kiri dan kanan. Lama. Entah pukul berapa aku tertidur sehingga Subuh.

Bila matahari dah mula naik, aku sekadar mengemas rumah dengan bersahaja. Lebih kurang pukul 10 lebih, tiba-tiba aku dengar notification dari Twitter. Dan bila aku swipe untuk membacanya, aku terkedu.


Menggigil tangan aku dapat tau berita yang tak disangka-sangka ini. Tak semena-mena air mata aku deras mengalir. Kenangan demi kenangan ketika bersama-sama dengan dia suatu ketika dahulu menerjah di ingatan bagaikan ribut satu demi satu. Entah berapa lama aku ambil masa untuk bertenang. Aku tak pedulikan mesej-mesej yang masuk hari ni. Antara percaya dan tidak, aku menangis semahu-mahunya. Kehilangan yang sungguh tak disangka.

Lepas solat Asar, aku bacakan Yassin untuk sedekah pada arwah. Waktu itulah baru aku boleh terima dan redha dengan pemergian dia. Aku tak banyak bercakap hari ini kerana terlalu terkejut.

Malam, aku banyak membaca balik cerita suka duka bersama dia yang sempat aku kongsi dalam blog ini dulu. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri terkenangkan telatah dia, kadang-kadang air mata ini jatuh lagi bila teringat hakikat yang dia sudah tiada.

Sungguh aku rindu ya Tuhan. Kehilangan seorang sahabat sebaik dia sangat-sangat terkesan dalam diri ini. Semoga Allah tempatkan dia dalam kalangan orang beriman, amiin amiin ya rabbal alamiin.
Sep 16, 2015

Buh-bye

I can't undo what I've done. You can hate me as much as you want. For our love's sake, I have to create lies. In those lies, you will hate me. I know it's hurt. But I don't have any other choice. I will gather all the hatred to me and I will disappear. So you won't have any regrets for loving an asshole girl like me.
Apr 20, 2015

Outing girls

Sekian lama duk cancel, postpone segala tarikh detim yang selalu duk plan dengan Afzan, akhirnya hari ni berjaya jugak keluar sama-sama. Bukan cancel sebab malas, tapi sebab masing-masing susah nak dapat masa free. Kalau Afzan off day, aku kena kerja. Macam tu la sebaliknya. Tu pun sebenarnya sampai pagi tadi aku tak yakin yang plan keluar hari ni berjaya ke tak. Aku pun tak ingat sebenarnya last bila keluar dengan Afzan, mungkin tahun lepas kot. Sebab lama sangat dah, contact pun kat whatsapp, wechat je.

Dua tiga hari sebelum tu, aku duk mengadap masalah side income kat tempat kerja. So aku dah prepare untuk cancelkan segala outing aku dengan kawan-kawan aku termasuk dengan Afzan sebab aku fikir aku just nak duduk rumah dan rehat tenangkan fikiran ja.

So pagi tu aku sengaja bangun lewat, dalam pukul 9. Cadangnya nak sambung tidur, tapi mata dah tak mengantuk so tangan ni duk capai phone main candy crush. Aku perasan Afzan ada missed call pukul 7 lebih tapi aku biarkan. Sekadar on whatsapp wish good morning kat fav boy then main game ja. Tengah main game, pukul 9 lebih Afzan hantar whatsapp, dia tanya dah siap ke belum sebab dia dah otw ke Bemban. Aku sengaja reply lambat sampai la lives candy crush dah habis baru aku reply dan bagi alasan baru bangun. Afzan suruh siap cepat dan dia kata dia tunggu aku kat rumah ayah dia. Tika dan Adah pun dah sampai.

Aku tak semangat nak keluar, so aku aku sengaja mandi lama-lama, bersiap lama-lama, siap main dengan kucing lagi, tapi aku dah hantar whatsapp kat Afzan bagitau yang aku dah otw. Lepas dah siap, pakai tudung semua, aku cari ummi nak salam. Ummi tanya nak pergi mana, aku cakap nak pergi keluar dengan Afzan ke Melaka. Dalam hati aku berharap ummi tak bagi ikut macam selalu tapi hari ni ummi bukan je suruh jalan baik-baik tapi siap pesan suruh belikan dia punya laminate paper dengan alatan khat dekat Popular lagi. Aku pun rasa macam, 'okay pergi je lah nak buat macam mana'.

Aku keluar rumah dalam pukul 10.30 lebih terus ke rumah Afzan. Sampai sana, aku nampak depan rumah dia ada tiga motor, aku tau motor tu Tika, Adah dan Afzan punya sebab Afzan cadang nak pergi Melaka naik kereta dan aku yang kena drive sebab aku sorang ja yang dah mahir drive. Kereta ayah Afzan tu kereta auto. Bila Afzan tanya aku boleh drive auto tak masa dalam whatsapp, aku jawab boleh walaupun hakikatnya hari ni first time aku nak drive auto. Aku pandai manual ja, tapi aku yakin dengan diri aku yang aku boleh drive auto sebab aku jenis ni observing minded dan confident level aku tinggi.

Bila dah sampai, masuk rumah, aku nampak diorang semua tengah minum pagi sambil bersembang dengan ayah dan mak tiri Afzan. Rancak diorang berbual. Aku mintak izin masuk dan duduk sebelah Afzan. Sesekali menyampuk-nyampuk sikit berbual, selebihnya aku sekadar godek phone sendiri. Hantar whatsapp dekat fav boy bagitau yang hari ni jadi keluar dengan Afzan. Dalam 10 minit lepas tu, dah siap minum, semua pun bangun nak gerak. Tunggu ayah Afzan keluarkan kereta dan panaskan enjin.

Dalam pukul 11 lebih semua pun masuk kereta. Aku pegang stereng dan masuk gear, buat muka biasa walaupun dalam hati agak gelisah kalau diorang dapat baca muka aku yang aku ni baru first time nak drive auto. Takut nanti diorang takut nak naik kereta dan pergi Melaka naik motor je. Taknak aku, Melaka tu jauh cuaca pulak panas. Aku tekan minyak dan jalan. Okay, semua smooth dan aku tarik nafas lega.

Dalam kereta berbual kosong. Aku pilih jalan Gapam sebab situ shortcut dan tak banyak kereta nak menghala ke Dataran Pahlawan. Jalan situ lurus, aku tekan minyak sebab selesa drive laju since kereta pun tak banyak yang lalu-lalang. Diorang semua bahan aku sambil ulang ayat yang sedang viral kat media pasal kereta yang laju.

"SEJAK FAST & FURIOUS DITAYANGKAN, RAMAI BAWAK KERETA MACAM CELAKA. KAU INGAT KAU TORETTO. TORETTO MANA BAWAK KANCIL!"

Aku diperli konon nak jadik Toretto. Diorang cakap aku Mrs Toretto. Aku ketawa, eleh at least aku tau drive tak macam kau orang. Ketawa. Semua buat gelagat masing-masing sebab dah lama tak jumpa.


Aku drive dengan cermat bila dah masuk jalan besar, kereta lancar bergerak di kawasan bandar terus menuju ke Mahkota Parade. Aku parking dekat ground floor. Semua pun bergerak masuk shopping complex. Masih dalam MP, tapi semua tak tau nak pergi mana.

"Korang sebenarnya nak beli apa?", aku tanya sambil pandang belakang sebab aku yang leading diorang masa tu.

"Aku nak beli kasut, Afzan nak beli baju.", jawab Tika sambil mencari-cari butik yang sesuai untuk dibelek barang.

"Afzan, kau nak cari jaket kan?", tanya Adah.

Semua berhenti sekejap dekat tengah-tengah shopping complex tu.

"Aku nak cari jaket macam Lan pakai tu."

Diorang bising-bising sambil nak tentukan kedai mana nak masuk sebab dah lama tak datang MP.

"Why not pergi DP terus je guys, since korang semua nak cari clothes, DP is the perfect choice babe.", aku mencadangkan sambil angkat jari telunjuk macam budak darjah tiga yang malu-malu nak jawab soalan dekat papan hitam.

"Haa betul jugak, DP banyak kedai-kedai baju dan best!", Tika setuju dengan cadangan aku.

"Korang semua ni puteri lilin kan?", aku tanya diorang masa jalan beriringan turun eskalator. "Jom lintas ikut laluan hotel!", aku sengaja cadangkan laluan redup sebab aku sendiri pun tak suka jalan dekat bawah panas matahari. Nak ke DP kena seberang jalan sebab dua shopping complex besar ni berhadapan je.

Semua setuju sebab biasalah, perempuan mana yang tak ada perangai puteri lilin. Aku lead jalan, sambil berbual-bual kosong. Tapi aku sebenarnya lebih sekadar mencelah, selebihnya aku berdiam dan tengok saja gelagat diorang.


Bukan aku tak seronok dapat keluar dengan diorang, tapi entahlah mungkin sebab badan aku tak berapa nak sihat lagi atau mungkin aku masih lazy mood untuk all out hari ni. Masa dah lalu bridge, ambik eskalator nak turun ke tingkat 1, lalu sebelah petshop. Aku suka petshop tu. Kadang-kadang kalau keluar dating dengan fav boy, aku ajak dia singgah masuk tengok haiwan-haiwan comel dalam kedai tu. Aku perhati dari luar kedai sambil gelak-gelak dengar diorang bercerita. Aku teringat mimpi malam tadi. Aku mimpi Lady jadik hamster. Tergelak kecil sekejap aku kat situ.

Masa dihabiskan lebih kurang 1 jam lebih shopping. Biasalah perempuan kalau shopping. Niat dari rumah nak beli baju. Sampai kat shopping complex, nampak seluar. Kesimpulannya nanti kau tengoklah, yang takde dalam senarai dia beli, yang dalam senarai banyak yang tak jadi beli. Aku layankan saja perangai kawan-kawan aku. Tengok diorang seronok shopping, aku sekadar belek-belek saja goodies dekat butik-butik yang kami singgah. Fikiran aku lebih banyak kosong. Sesekali aku whatsapp fav boy, lepas rindu walaupun rindu sebenarnya makin bertambah.

Dah puas jelajah satu Dataran Pahlawan tu, patah balik ke Mahkota Parade sebab nak singgah Popular. Nak belikan list item yang ummi pesan. Sebelum masuk Popular, mana-mana butik yang lalu mesti akan diorang singgah masuk. Aku ikutkan saja. Tapi bila kaki dah penat, aku duduk sekejap dekat kerusi yang disediakan untuk pengunjung berehat di satu sudut. Aku biarkan tiga orang kawan tu dalam butik terakhir sebelum nak langkah masuk ke Popular.

Aku ambil kerusi yang agak jauh sebab senang nak perhati supaya tak lepas pandang. Aku nampak Afzan keluar dulu datang kat aku. Adah dengan Tika masih belek barang dalam butik tu lagi. Dia pun dah penat berjalan jugak, duduk berehat dengan aku. Dalam dua minit, kami nampak Adah dengan Tika keluar tapi diorang tak perasan kami tengah duduk berehat dekat kerusi dan terus jalan masuk dalam Popular. Kami biarkan sebab sebelum tu dah bagitau memang semua nak masuk Popular pun. Aku dengan Afzan masih tak ada tanda-tanda nak berganjak ikut diorang. Masing-masing dah faham yang kaki sakit, mesti nak duduk lagi 5 ke 10 minit.

"Kasrin tu dah hilang selama 6 bulan, semalam tiba-tiba dia muncul contact aku balik.", Afzan bukak cerita pasal kekasih dia.

Aku dah faham sangat dengan Afzan ni. Kalau dia dah mula bercerita, maksudnya dia nak luahkan apa yang dia simpan. Aku hanya diam dan dengar dia cerita sambil senyum beri respon sesekali bila perlu.

"Dia cakap dia rindu aku. Aku pun macam, hmm apa ni. Dia tinggalkan aku lama kot, tiba-tiba muncul balik macam tu je.", bersungguh dia cerita. Aku lebih banyak diam. It's not sebab aku tak faham tapi itulah diri aku. Aku lebih suka diam dan dengar bila someone let out something pada aku, lebih-lebih lagi kalau pasal hati, emosi.

Bila kaki dah hilang penat, kami teruskan jalan ke Popular. Kami tak rasa susah nak cari Tika dan Adah dalam kedai Popular tu sebab dah faham diorang akan pergi ke bahagian novel. Aku tinggalkan Afzan dekat diorang dan terus jalan dekat stationary. Sambil belek-belek, aku bandingkan harga. Mahal. Ummi pesan kalau murah je baru beli, so aku just sekadar tengok harga untuk bagitau dekat ummi nanti dan ajak diorang keluar.

"Nak pergi mana lepas ni?", aku bertanya untuk kepastian sambil mata mencari mesin autopay.

"Pergi Aeon. Nak cari kasut dekat situ.", Afzan terlebih dulu menjawab.

"Korang nak pergi Aeon lama ke baru?", aku terasa seperti tour guide yang bawa tourist dari negara sendiri.

"Afzan, aku cadang kita pergi Aeon baru sebab kasut banyak pilihan dekat situ. Kalau Aeon lama banyak baju. Kau nak mana?",  cadang Adah yang memang mahir selok-belok pakaian di shopping-shopping complex.

"Okay, Aeon baru!" teruja Afzan berjalan masuk ke dalam lif bila pintu dibuka.

Kami cari kereta dan sambung perjalanan menuju ke Aeon baru. Aku ambil jalan jauh kali ni sebab kalau pilih jalan dekat, sekarang waktu makan tengahari nanti jalan sesak. Nak keluar dari kawasan Melaka Raya tu pun dah sesak tak terkata.


Sampai je Aeon, aku cari tempat parking yang ada bumbung. Senang. Kereta pun tak panas sangat bila nak balik nanti. Dekat Aeon, diorang sekadar pilih butik yang jual kasut sahaja. Kali ni aku jalan paling belakang sebab dah penat. Ikut sahaja mana diorang masuk, aku masuk. Diorang belek kasut, aku belek. Afzan tengah nak pilih kasut untuk dia padankan dengan jacket yang dia beli dekat DP tadi. Last-last beli kasut jeans material, cantik jugaklah.

Dah puas beli semua, perut pun masing-masing lapar. Jam pun dah dekat pukul 3 petang, mana taknya. Semua tanya aku nak makan apa. Aku cadang kat Adah nak makan steambot tak? Tapi Tika sebenarnya puasa hari ni, semua terlupa pulak. Masa otw ke food court baru semua teringat. Then rasa macam bersalah la sebab, dalam group tu ada orang tengah puasa tapi kau seronok sembang nak makan sedap-sedap. Memanglah Tika cakap tak apa, tapi as kawan kan, bersalah jugak. Masing-masing bertolak-tolak suruh pilih nak makan fast food or dekat food court. Tapi orang yang kena buat keputusan tu aku. Aku kena pilih? Weh, tak perempuanlah kalau tak jawab 'ikut kau lah'. Last-last semua pilih food court ja.

Perut dah kenyang, semua pakat balik. Masa nak masuk kereta, Afzan taknak duduk depan lagi sebab dia kata dia takut Mrs Toretto drive. Dia paksa Tika duduk depan. Hahaha kurang hajar budak-budak ni. Semua ketawa. Afzan tu ada agenda lain kalau nak duduk belakang. Sebab nak selfie la, apa lagi.




Dekat pukul 5, sampai la rumah Afzan. Adah dengan Tika terus amik motor masing-masing nak balik. Aku lepak kejap sebab nak rehatkan badan dulu kat rumah Afzan sambil sembang-sembang dengan dia. Yelaa, lepas ni tah bila la lagi dapat jumpa. Rumah Afzan kat Bemban ni aku dah biasa datang so tak rasa kekok sangatlah. Ayah and adik-adik dia pun mesra dengan aku. So lepak kejap dalam bilik, sambil Afzan sambung cerita pasal Kasrin dia. Aku sekadar dengar dan bersuara sesekali sambil baringkan badan atas katil dia. Tengok jam dah pukul 5 lebih. Aku cakap nak balik pukul 5.30 tapi sebab penat aku malas sebenarnya nak balik awal. Ikut hati nak je tidur situ malam ni, tapi sebab esok kerja kena la balik.

Lepas dah puas bersembang-sembang semua tu, aku pun gerak balik. Sampai rumah, baring-baring atas katil. Aku banyak melayan fikiran yang serabut ni je sebenarnya. Fikiran tak habis-habis teringat pasal perbualan aku dengan Afzan masa dalam bilik. Tentang masa depan kami, perjalanan hidup semua. Aku rasa rindu pada sesuatu yang aku sendiri tak pasti. So far, life aku berjalan agak smooth. Tak banyak yang adventure. Mungkin sebab aku dah lama tak perah otak aku, aku jadi sebu dan kaku. Aku jadi rindu dengan diri aku sendiri. Aku keliru, apa yang aku rasa ni sebab emosi aku yang terganggu atas perubahan hormon wanita atau sebab aku penat atau memang aku ada sesuatu yang aku belum dapat lepaskan lagi dalam hati ni.