Dia kata nak datang hari Ahad ni. Aku rasa macam, serious ke? Apa yang ada dalam kepala aku is not excited or nervous tapi lebih kepada takut. Takut sebab aku rasa aku ni macam tak bersedia. Tak bersedia untuk terima hakikat kehilangan dia. Memang, jauh di sudut hati aku, aku harap urusan dia dipermudahkan untuk jumpa family aku dan seterusnya menghalalkan hubungan ni. Walaupun secara jujurnya aku masih lagi tiada rasa cinta yang tertanam di hati untuk dia, tapi aku yakin, rasa cinta itu akan hadir selepas terlafaznya akad olehnya nanti.
Semalam aku dihujani dengan soalan dari seorang stranger,
"Ada tak aku merindui seseorang?"
Aku cuba pejam mata, jujurkan hati sendiri, dan aku cuba cari insan yang aku rindui saat itu. Hakikatnya tiada.
Apa yang aku rindu setiap hari, bukannya akan kehadiran insan tapi aku rindukan ketenangan hati. Yang aku cari sejak peristiwa pahit itu.
"Tolong jaga hati, kita ni belum halal lagi".
Ayat yang selalu aku nak sampaikan pada dia. Tapi sampai hari ni aku gantungkan. Sebab aku rasa ini bukan ayat biasa, tapi ayat harapan. Aku taknak bagi dia harapan. Aku cuma nak dia yakin akan ketentuan takdir yang dia usahakan. Sebab aku tau sakitnya rasa bila harapan yang terbina runtuh tanpa penjelasan. Sebab dia pun pernah mengalami rasa kecewa.
Sampai hari ni jugak, dalam senyuman yang terukir hari-hari, aku masih lagi dihimpit kebimbangan, kerisauan, apa yang akan jadi andai dia tahu tentang kisah silam aku yang hina. Kadang bila dia melahirkan cerita kebencian tentang mereka yang pernah melalui kisah seperti masa silam aku, saat itu lah ketakutan menyelubungi aku umpama bayang-bayang gelap yang masih muncul walau tiada cahaya.
Apa penerimaan dia nanti, apa pandangan dia nanti, sejauh mana kebencian yang terlahir di hati dia pada aku nanti. Semua itu jadi ketakutan pada aku. Aku seboleh dan semahunya tidak mahu dia tahu rahsia di sebalik gelak tawa palsu yang aku reka untuk menutup khilaf diri.
Entahlah, malam ni dia kata emosi dia tak stabil. Dan dia kata itu kerana aku. Dia kata dia sayangkan hati dia. Apa yang aku buat sampai dia rasa terseksa? Adakah kerana aku dan dia sering menghabiskan masa bersama, lalu itu yang menjadi punca dia berfikir terlalu jauh hingga hati dia tersakiti oleh emosinya sendiri? Aku tak mahu dia mengalirkan air mata seperti insan yang pernah kehilangan aku sebelum ini.
Kalaupun dia ingin pergi, aku tak halang dia sebab rasa cinta itu tak pernah hadir dalam hati aku. Tapi aku tak mahu asbab dia pergi itu kerana terpaksa melepaskan hatinya yang telah mula berharap pada aku. Dia sudah matang, aku harap dia boleh kawal hati dia setabah mungkin. Kadang sebenarnya aku memang sengaja menjauhi dia saban hari. Aku mahu menjaga kemanisan persahabatan ini. Dia sahabat yang tak pernah mengecewakan aku. Kerana itu aku sayang dia.
Nama yang aku pernah sebut di dalam hati saat aku berada di puncak Jabal Rahmah. Berikan dia kekuatan Ya Rabb.
- written on March 30, 2016
- 12.16am
by: ekyl
0 comment (s):
Post a Comment
Comment (s)