Feb 9, 2013

Tentang Kematian

Assalamualaikum

Hari ni aku tak pergi sekolah. Lepas mandi tiba-tiba aku sakit perut. Hari ni hari Khamis. Aku takut jugak kalau aku tak datang, aku terlepas buat PBS. Nanti aku yang rugi. Aku nak text or call Farra nak bagitau aku tak datang hari ni tapi kredit takde. Buat call me back kat Chin Yee, dia takde respon.

Masa tengah dok tahan sakit perut tu, aku tertidur. Pukul 7, ayah aku masuk bilik tanya apasal dengan aku. Aku cakap aku sakit perut. Dia bagi minyak and cakap aku tak payah pergi sekolah. Aku terus tidur untuk hilangkan rasa sakit tu. Masa tidur nilah, aku mimpi sesuatu. Mula-mula, aku mimpi aku dah lambat ke sekolah. Lepas tu, mimpi tu bertukar. Aku mimpi pasal kematian orang-orang yang aku sayang.

Setiap yang berlaku dalam mimpi tu aku ingat sepenuhnya. Aku tak dapat cerita satu persatu. Sebab permulaannya memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi yang pasti, klimaks dia berkaitan dengan perasaan. Naluri.

Aku ingat lagi, dalam mimpi tu, mereka kena... ya Allah tak dapat nak cakap. Aku pangku diorang. Aku ajar dia mengucap. Kemudian. Roh bertemu roh. Terpancarnya sinar kegembiraan. Tapi aku tak dapat tahan. Aku merintih kehilangan mereka dalam sekelip mata.

Mungkin, tangisan aku dalam mimpi tu terlalu kuat sampai aku menangis dalam realiti dan membuatkan aku terjaga. Bila aku dah bangun, Ya Allah sesungguhnya itu hanya mimpi rupanya. Tapi perasaan sedih tu belum hilang lagi dalam diri aku. Aku sambung menangis. Macam-macam yang aku fikirkan. Petanda apa ini.

Aku menggigil. Aku mengucap panjang. Aku sebut nama Allah. Aku cuba tenangkan diri aku. Tapi mimpi tu terlalu menganggu. Aku masih dapat rasa kehangatan darah dari sekujur tubuh yang aku pangku dari mimpi tadi. Kehangatan tangisan air mata mereka. Bayangan roh yang menjelma menyambut ketibaan mereka.

Aku bangun dalam keadaan yang penuh dengan perasaan takut. Aku teringat, sejak akhir-akhir ni aku memang banyak alami mimpi-mimpi ngeri. Bukan mimpi hantu, tapi mengerikan. Beberapa hari lepas, aku mimpi aku makan daging babi. Ada lagi beberapa mimpi ngeri yang aku alami, tak sanggup aku nak cerita kat sini.

Bila aku dah tenang sikit, aku terus on lappy. Aku google nak cari maksud apa yang aku mimpi sejak akhir-akhir ni. Tapi susah nak jumpa. Yang jumpa pun, mimpi yang hampir sama tapi apa yang tersirat disebaliknya tak mungkinlah sama.

Take Note : Sebenarnya aku tulis entry ni hari Khamis. tapi aku save dalam draft dulu.

Okay tak sangka jawapan kepada mimpi aku tu muncul pada malam ni. Dalam keadaan yang tak semua orang sangka. Kebetulan? Tidak. Ini perancangan Allah. Tak tau apa hikmah yang Dia rencanakan. Kejadian ni sangat bersangkut-paut dengan beberapa peristiwa dua tiga menjak ni.

Ya Allah. Lindungilah keluargaku, sahabat handaiku, dan orang-orang Islam dari segala bala bencana dan kejahatan yang tidak diingini. Amiin ya rabbal alamiin.


0 comment (s):

Post a Comment

Comment (s)